Kekal bos bola sepak, ketahui 5 kejayaan HM sepanjang Hamidin terajui FAM


  • Podium
  • Sabtu, 15 Jul 2023

Tonggak skuad kebangsaan meraikan kejayaan selepas mencipta sejarah kembali layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023 secara merit. — Bernama

SEJAK mengambil alih tampuk kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 14 Julai 2018, Datuk Seri Hamidin Mohd Amin langsung tidak menoleh ke belakang dalam melaksanakan perubahan terhadap bola sepak negara.

Pelbagai pembaharuan dilaksanakan sepanjang tempoh lima tahun beliau memegang jawatan tersebut.

Antara pencapaian terbaiknya adalah merevolusikkan saingan Liga Malaysia (M) melalui projek penswastaan liga di samping menyediakan perancangan jangka panjang bola sepak Malaysia melalui Peta Hala Tuju (Roadmap) F:30.

Dalam pada itu, kewibawaan kepimpinannya juga turut dihargai di peringkat antarabangsa apabila beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal 2023-2027 pada Februari lalu.

1447297

Presiden FAM, Datuk Seri Dr Hamidin Mohd Amin. — Bernama

Pada masa sama, perubahan positif yang dibawa oleh Hamidin terhadap pengurusan bola sepak negara turut diterjemahkan melalui prestasi positiff yang ditampilkan oleh skuad Harimau Malaya.

Berikut Majoriti senaraikan lima kejayaan yang dicapai skuad Kebangsaan di bawah pimpinan Hamidin:

1. Melantik jurulatih yang berwibawa

1720093

Pan-gon ketika mengendalikan sesi latihan bersama pasukan negara.

Tindakan melantik jurulatih kelahiran Korea Selatan, Kim Pan-gon untuk mengendalikan Harimau Malaya dilihat merupakan satu langkah berani diambil oleh FAM.

Ini kerana ia merupakan kali pertama skuad kebangsaan menerima khidmat jurulatih kelahiran negara tersebut.

Pada masa sama, sejarah panjang skuad bola sepak negara turut menyaksikan bahawa rata-rata jurulatih luar negara yang direkrut adalah datang daripada benua Eropah.

Meskipun mempunyai lesen kejurualtihan UEFA Pro License, Pan-gon dilihat tidak mempunyai rekod mengendalikan pasukan besar dengan beliau kali terakhir memegang jawatan jurulatih bersama skuad kebangsaan Hong Kong.

Perkara tersebut sememangnya menimbulkan keraguan terhadap kredbiliiti beliau yang juga pernah bertugas sebagai pengarah teknikal Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) dalam kalangan penyokong bola sepak tanah air

Bagaimanapun, selepas lebih setahun dilantik bermula pada 21 Januari 2022, Pan-gon berjaya menjawab keraguan tersebut melalui prestasi cemerlang yang dipamerkan anak buahnya.

Malah, beliau juga berjaya menerapkan corak permainan yang lebih segar dan positif kepada pemain Harimau Malaya dengan menekankan kepada keperluan terhadap aspek penguasaan bola.

2. Layak Piala Asia 2023 secara merit

1624951

Malaysia layak secara merit ke Piala Asia adalah pada 1980 di Kuwait, selain pernah beraksi di pusingan akhir Piala Asia pada 2007. — Agensi

Antara pencapaian terbaik skuad kebangsaan di bawah teraju Hamidin tentunya kejayaan mereka untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2023 secara merit.

Kejayaan tersebut menamatkan penantian panjang peminat bola sepak negara selepas kali terakhir Malaysia layak menerusi pusingan kelayakan adalah pada 1980.

Kejayaan tersebut berjaya dicapai meskipun skuad kebangsaan baru menerima kehadiran Pan-gon tidak sampai tempoh enam bulan.

Dalam aksi di pusingan kelayakan, skuad Harimau Malaya berjaya menduduki tangga kedua di belakang Bahrain dengan memungut enam mata menerusi saingan peringkat kumpulan yang turut terdiri daripada Turkmenistan dan Bangladesh.

3. Bina skuad lebih kukuh dengan pemain naturalisasi berkualiti

355483081_966589521080951_8596822228349402475_n

Paulo (kiri) antara pemain naturalisasi baharu yang memperkukuhkan skuad negara. — FAM

Proses menaturalisasikan pemain negara mula dilaksanakan pada 2018 di bawah pentadbiran Hamidin sebagai Presiden FAM.

Meskipun langkah tersebut menjemput kritikan daripada beberapa pihak antaranya dalam isu pemilihan pemain yang mahu dinaturalisasikan, ia dilihat mampu mengubah pendirian dan perancangan yang dilaksanakan badan bola sepak tersebut.

Hasilnya, skuad negara kini mempunyai beberapa pilihan pemain naturalisasi yang memiliki kualiti diperlukan bagi memperkukuhkan skuad khususnya menjelang aksi Final Piala FA.

Antara yang nama-nama yang kini menjadi menjadi tongak utama Harimau Malaya dengan yang terbaharu adalah Paulo Josue dan Endrick Dos Santos

4. Memperbaiki ranking negara

355232001_966589951080908_2259692623522901520_n

Perlawanan persahabatan bertaraf antarabangsa yang diatur FAM membolehkan skuad negara terus memperbaiki ranking untuk berada di kedudukan lebih baik. — FAM

Dalam pada itu, sejak berada di bawah pentadbiran Hamidin, prestasi skuad negara juga merekodkan peningkatan yang konsisten.

Ini terbukti apabila kini melonjak ke tangga 137 dunia, iaitu naik 34 anak tangga dari kedudukan 171 pada Jun 2018.

Perkembangan ini turut dibantu dengan peranan dimainkan FAM dalam mengatur aksi perlawanan persahabatan yang bukan sahaja bertaraf antarabangsa, tetapi juga diiktiraf FIFA

Pada tahun ini sahaja, keempat-empat aksi yang dilalui oleh Harimau Malaya dalam persediaan ke Piala Asia jelas merupakan Perlawanan Persahabatan Antarabangsa bertaraf Tier 1.

5. Penyediaan padang berkualiti

1625494

Stadium Bukit Jalil akan menggunakan rumput baharu jenis Zeon Zoysia.

Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sekian lama menjadi venue tuan rumah buat skuad kebangsaan.

Namun begitu, ia sering kali menjadi sasaran kritikan pemerhati bola sepak negara akibat daripada kualiti padang yang mengecewakan.

Bagaimanapun, isu tersebut akhirnya selesai pada tahun ini selepas Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) membuat keputusan bagi memubat penanaman rumput baharu jeni Zeon Zoysia itu akan menelan belanja sebanyak RM2.3 juta.

Projek tersebut menggunakan peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan mendapat sumbangan dana tajaan daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ) merangkap pemilik kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ).

Perkara tersebut tentunya akan sukar berlaku sekiranya Hamidin tidak mempunyai hubungan baik bersama TMJ.

Padang baharu tersebut dijangka mula boleh digunakan ketika aksi Pesta Bola Merdeka dan Piala Sultan Selangor pada 28 Oktober depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram