NUKILAN Laptop Cabuk menemui pembaca lagi. Berinspirasikan minda tua yang mungkin sudah berkarat, karya ini dan seterusnya akan cuba menyingkap cerita di sebalik tabir dan sesuatu yang mungkin terlepas daripada pengamatan ramai untuk sama-sama memeriah dan meraikan Liga Malaysia musim 2023.
FOTO Datuk Ong Kim Swee terperosok di kerusinya di tepi padang ketika satu sesi latihan sambil termenung jauh, tersirat pelbagai makna.
Rasa risau dan teruja mungkin bercampur-baur sambil ketua jurulatih Sabah FC itu mencongak percaturan untuk memperbaiki kedudukan pasukannya.
Kedudukan di tangga kelima ketika ini dengan 30 mata bukanlah terlalu buruk tapi ia masih berjurang empat mata dengan tangga ketiga – pencapaian terbaik mereka musim lalu dengan 42 mata – berbanding tangga kesembilan pada musim 2021.
“Itulah saatnya anda memerhatikan dan membuat perancangan,” katanya melalui pesanan WhatsApp mengenai foto berkenaan kepada Laptop Cabuk.
Kini, arahan jelas dan tegas sudah dikeluarkannya kepada pemain-pemain Sabah FC untuk menutup rapat pintu gol mereka daripada dibolosi lagi di Stadium Likas, Kota Kinabalu, bermula dengan kunjungan Sri Pahang FC pada Sabtu.
Kim Swee antara jurulatih terbaik yang pernah dimiliki Sabah. — Facebook
Ketua jurulatih itu mahu ia menjadi titik kebangkitan demi memastikan mereka dapat terus mempertahankan rekod kebal di gelanggang sendiri dalam saingan liga di samping mengelakkan keciciran mata lagi.
“Matlamat utama kami kini ialah untuk tidak dibolosi lagi. Saya tidak mengatakan barisan depan kami sentiasa mampu menjaringkan gol tapi pada masa yang sama, pertahanan kami perlu lebih kukuh bertahan.
“Ia sudah menjadi semacam satu kebiasaan apabila kami mendahului, kami akan dibolosi. Keadaan ini berlaku bukanlah sangat kerana bagusnya pasukan lawan, sebaliknya kerana kesilapan individu dan kurangnya komunikasi dalam kalangan pemain bertahan,” katanya.
Daripada 16 perlawanan, The Rhinos sudah dibolosi 23 kali – diatasi dua pasukan di bawah mereka dalam carta liga, Terengganu FC dan PDRM FC, dengan masing-masing baru bolos 21 gol.
Selepas lapan perlawanan liga di tempat sendiri, Sabah FC masih mampu mengekalkan rekod tanpa kalah, dengan keputusan seri 2-2 dengan Terengganu FC pada 19 Mei lalu mengakhiri rekod 100 peratus mereka.
Satu-satunya kekalahan di Stadium Likas ialah ketika tunduk 1-2 kepada Kuala Lumpur City (KLC) FC tapi itu dalam aksi kalah mati Piala FA.
Seboleh-bolehnya, kepada Kim Swee, biarlah itu menjadi kekalahan terakhir di hadapan penyokong sendiri di samping memperbaiki rekod ‘clean sheet’ mereka berbanding hanya tiga – menumpaskan PDRM FC 4-0 (25 Feb) di samping dua kali mengatasi Kelantan United FC 2-0 (15 Apr) dan 3-0 (26 Jun).
“Ia satu rekod mengecewakan dengan cuma tiga ‘clean sheet’. Terus-terang saya cukup bimbang dengan perkara ini.
“Sebahagian daripadanya disebabkan kami tidak begitu tersusun dan kurangnya kepimpinan di dalam padang. Tiada siapa yang memimpin dari belakang dalam situasi tertentu sedangkan kami memiliki pemain berpengalaman.
“Setiap kali kami bolos, semua pemain nampak murung kerananya. Tapi bagaimana kami bangkit semula, itu yang lebih penting,” tambahnya.
Kim Swee ketika membimbing skuad Harimau Muda. — Facebook
Kim Swee, jurulatih Harimau Muda A 2009-2014 dan Harimau Malaya 2015-2017, berkata di sebalik pelbagai langkah sudah dicuba dalam latihan, keadaan yang sama terus berlaku secara berulang-ulang.
“Ia satu rekod mengecewakan dengan cuma tiga ‘clean sheet’. Terus-terang saya cukup bimbang dengan perkara ini.
“Sebahagian daripadanya disebabkan kami tidak begitu tersusun dan kurangnya kepimpinan di dalam padang. Tiada siapa yang memimpin dari belakang dalam situasi tertentu sedangkan kami memiliki pemain berpengalaman.
“Setiap kali kami bolos, semua pemain nampak murung kerananya. Tapi bagaimana kami bangkit semula, itu yang lebih penting,” tambahnya.
Kim Swee, jurulatih Harimau Muda A 2009-2014 dan Harimau Malaya 2015-2017, berkata di sebalik pelbagai langkah sudah dicuba dalam latihan, keadaan yang sama terus berlaku secara berulang-ulang.
Namun, tidak semuanya suram buat Kim Swee.
Darren sudah mula turun menjalani latihan bersama Sabah FC. — Facebook/Sabah FC
Kembalinya penyerang, Darren Lok, selepas tersisih enam perlawanan gara-gara kecederaan, mengembalikan keceriaan dalam pasukan. Cuma Telmo Castanheira dan import baru, Miguel Cifuentes, mungkin direhatkan.
Menurutnya, Cifu menunjukkan permainan baik sepanjang 45 minit pengenalannya ketika bertemu Kuching City FC hanya untuk dikecewakan oleh kecederaan pangkal paha manakala Ramon memulakan aksi dalam jersi baru dengan sumbangan dua gol.
“Ramon menambat hati saya bukan saja kerana dua golnya tapi kadar kerjanya, persefahaman baik dengan rakan sepasukan dan sikap terpujinya di atas padang.
“Dia menyerlahkan dirinya sebagai seorang penyerang yang tidak tamak, sebaliknya seorang pemain berpasukan. Itu antara ciri-ciri yang membuat kami berasa sangat positif dengan Ramon,” katanya.
Menganggap Sri Pahang sebagai antara pasukan paling konsisten, termasuk di tempat lawan, dalam liga musim ini di samping menyerlahkan kekuatan mental untuk bangkit daripada ketinggalan, Kim Swee menjangkakan satu ujian besar buat pasukannya pada Sabtu.
“Saya percaya Sri Pahang akan menurunkan kedua-dua import baru mereka (Kuvondik Ruziev dan Rafael Silva) untuk lebih banyak minit permainan.
“Tapi ini akan jadi perlawanan pertama untuk tidak membenarkan pintu gol kami dibolosi lagi,”tambahnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram