Akhirnya! Nurshamil berpisah dengan TRW, buka peluang 3 pasukan sambar khidmatnya


  • Podium
  • Rabu, 12 Jul 2023

Sebelum ini, Nurshamil dipaksa untuk bayar RM50,000 jika ingin menamatkan kontrak bersama Kelantan FC. — Facebook/Kelantan FC

AKHIRNYA kemelut di antara bekas penyerang Harimau Muda B, Nurshamil Abd Ghani dan majikannya, Kelantan FC berakhir selepas mereka mencapai persetujuan bersama.

Sebelum ini, Nurshamil memuat naik satu kenyataan dalam Instagram menyatakan pihak pengurusan Kelantan meminta dia untuk membayar penebusan kontrak sebanyak RM50,000 meskipun didakwa tidak membayar gaji.

Penyerang berusia 28 tahun itu, musim lalu merupakan tonggak utama The Red Warriros (TRW) selepas muncul penjaring terbanyak Liga Perdana dengan sembilan jaringan gol.

WhatsApp Image 2023-07-12 at 10.38.33 AM

Tangkap layar ucapan perpisahan Nurshamil dalam Instagram.

Menerusi laman Instagram Nurshamil, dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Kelantan kerana melepaskannya walaupun masih mempunyai 18 bulan baki kontrak.

"Terima kasih kepada @trwkelantanfc melepaskan saya dengan persetujuan bersama. Saya doakan Kelantan FC lebih baik pada masa akan datang. Insya-ALLAH.

"Terima kasih juga beri saya peluang dan ruang selama saya bersama pasukan Kelantan FC dan mencapai sesuatu yang boleh dibanggakan untuk diri sendiri serta pasukan," katanya pada Selasa.

Musim ini, Nurshamil jarang mendapat peluang beraksi sebagai kesebelasan utama selepas kehadiran beberapa pemain import baharu.

Namun begitu, ia tidak menghalang minat pasukan-pasukan Liga Malaysia (Liga M) mendapatkan khidmatnya menjelang jendela perpindahan kedua yang baru dibuka pada 5 Julai lalu.

Penang FC, Sri Pahang FC dan Kelantan United antara tiga pasukan yang dikaitkan dengan penyerang berusia 28 tahun itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram