Bakat muda Gergasi Merah antara 3 pemain ada potensi ganti veteran JDT


  • Podium
  • Ahad, 09 Jul 2023

Safiq Rahim antara pemain tengah yang mempunyai tahap scanning di padang yang cukup baik. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

PEMAIN veteren tanah air, Syafiq Rahim, nama yang tidak asing dalam kancah bola sepak telah menjuarai banyak piala sama ada di dalam negara mahupun luar negara.

Pemain kelahiran Negeri Sembilan itu kini beraksi bersama pasukan gergasi tempatan iaitu Johor Darul Takzim (JDT).

Berikutan usianya yang semakin meningkat, tentunya prospek muda tanah air dilihat akan menjadi pengganti pemain yang pernah membintangi skuad Harimau Malaya itu.

Namun bukan semua pemain muda di Liga Malaysia khususnya yang beraksi di bahagian tengah memiliki kemahiran, ketangkasan dan visionary seperti Safiq.

Sebagai arkitek pasukan, pemain tengah merupakan posisi penting yang berperanan untuk menghidupkan bahagian serangan serta pertahanan menerusi hantaran-hantaran kreatif untuk menghasilkan jaringan.

Ciri-ciri itu antara lain ada pada Safiq dan berikut tiga nama pemain muda yang semakin meningkat naik yang dirasakan boleh menjadi pengganti kepada otai JDT itu suatu hari nanti.

aliff haiqal

Pemain sayap kiri Selangor, Aliff Haiqal.

1) Aliff Haiqal

Aliff Haiqal antara pemain yang dilihat sesuai untuk menggantikan posisi Safiq Rahim.

Pemain muda yang berusia 22 tahun itu memiliki corak permainan yang hampir sama dengan bekas kapten Harimau Malaya tersebut kerana sering melakukan percubaan dia luar kotak penalti jika mempunyai sebarang peluang.

Aliff kini bermain bersama pasukan Selangor FC yang juga merupakan pencabar utama JDT untuk merebut gelaran juara Liga Super musim ini.

Walaupun hanya meledak satu gol namun pemain muda itu dilihat mampu membuat rembatan dari luar kotak penalti.

Mula diserap masuk ke skuad utama pada tahun 2021, Aliff yang sebelum ini beraksi di skuad pembangunan, Selangor II dilihat semakin matang dalam gaya permainannya selain turut rajin membantu barisan pertahanan ketika diasak pasukan lawan.

Beraksi di posisi sayap kiri, setakat ini Aliff hanya beraksi dalam satu perlawanan ketika menentang Kuching City FC sebagai pemain gantian pada minit ke 68.

WhatsApp Image 2023-07-09 at 00.24.59

Pemain Sabah FC, Stuart Wilkin. — Instagram/stuwilkin

2) Stuart Wilkin

Stuart Wilkin juga merupakan salah satu pemain yang dianggap sesuai untuk menggantikan safiq.

Ini kerana, corak permainan yang ditampilkan oleh pemain Sabah FC itu mampu membantu dalam pertahanan dan juga serangan.

Wilkin telah menjaringkan lima dan dua hantaran bantuan pada musim ini bersama pasukan Sabah FC.

Pemain berusia 25 tahun itu menunjukkan prestasi yang cemerlang dan sangat sesuai untuk menggantikan posisi Safiq.

Wilkin juga membuktikan dirinya sebagai salah seorang pemain tengah terbaik di negara ini, dengan prestasi dilihat semakin berkembang lebih baik daripada musim lalu.

Gol yang dicetak olehnya ketika menentang Kuching City FC dilihat sangat cantik dan cara pengawalan bola serta melepaskan hantaran dengan tekniknya.

daryl sham

Penyerang muda JDT, Daryl Sham.— Facebook/JOHOR Southern Tigers

3) Daryl Sham

Tidak boleh dinafikan bahawa JDT kerap melahirkan bakat-bakat muda dengan kelengkapan dan fasiliti serba canggih di samping pihak kejurulatihan yang cukup berwibawa.

Perkara itu dapat disaksikan apabila skuad simpanan mereka berjaya mengungguli carta Liga Perdana 2022 dengan pasukan itu dibarisi bakat-bakat tempatan.

Namun, penyerang berusia 20 tahun, Daryl Sham KK George merupakan tonggak di sebalik keutuhan pasukan kendalian Mariano Echeverría tersebut.

Daryl Sham juga dilihat boleh menggantikan Safiq walaupun masih muda namun boleh dianggap sebagai pelapis dari JDT yang mempunyai potensi yang besar dan berpengalaman kerana berjaya memenangi treble pada musim lepas bersama Harimau Selatan.

Daryl Sham juga berjaya menjaringkan satu gol pada musim lepas dalam saingan piala FA. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram