PASUKAN Johor Darul Takzim (JDT) berjaya menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) dengan keputusan 2-0 dalam saingan Liga Super 2023 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu.
Walaupun menghadapi pasukan yang berada dalam kedudukan tercorot, namun JDT dilihat berhempas-pulas untuk mengutip tiga mata penuh di laman sendiri.
Dalam perlawanan babak pertama, barisan pertahanan Skuad Jang dilihat memainkan peranan apabila berjaya mematahkan jentera serangan Harimau Selatan.
Antara aksi menarik perlawanan JDT menentang NSFC. — Facebook/MFL
Namun, serangan demi serangan yang dilakukan oleh barisan pemain JDT membuahkan hasil apabila Feroz Baharudin membuka tirai jaringan pada minit ke-20 sekali gus meletakkan JDT sebagai pendahulu perlawanan.
Bukan itu sahaja, asakan demi asakan dilakukan oleh barisan pemain JDT memberikan tekanan kepada pengunjung namun berjaya dikawal baik oleh pertahanan skuad Jang.
Bagaimanapun, kesilapan bahagian pertahanan NSFC memberi ruang kepada pemain Harimau Kumbang pada minit ke-44 menerusi jaringan Leandro Velazquez yang menjaringkan gol kemenangan sebelum perlawanan babak pertama tamat.
Pada babak kedua, Ketua Jurulatih JDT, Esteban Solari membawa masuk penyerang berbisa, Bergson da Silva untuk menggantikan Diogo yang dilihat tidak beraksi dengan baik ketika perlawanan pertama.
Kemasukan Bergson dalam masa kedua dilihat mampu memberikan perubahan corak permainan namun tidak berjaya melepasi gawang NSFC ketika membuat percubaan untuk menguji penjaga gol skuad Jang, Sikh Izhan Nazrel.
Walaupun tewas di tempat lawan namun rata-rata penyokong memuji bahagian pertahanan Skuad Jang yang dilihat mampu mematahkan jentera serangan Harimau Selatan.
"Skuad Jang tidak gentar dengan JDT," kata Encik Fadz.
"Terbaik NSFC, sudah belajar dari kesilapan dulu. Jangan main open nanti masak kau, dapat kurangkan gol pun kira baik," kata Bentaian Kelana.
"Herold Goulon ada mungkin kalah tipis," kata Daniel Hakim.
"Boleh tahan juga NSFC main malam ini, Goulon pun agak padu," kata Khairaznan Raya.
Pasukan JDT gah menghuni tangga pertama carta dengan mengutip 48 mata sepanjang 16 perlawanan Liga Super 2023 berlangsung. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram