PASUKAN futsal Penang FA berpeluang untuk menjuarai Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2023 selepas menamatkan saingan Kumpulan A di kedudukan kedua selepas mengutip 28 mata dalam 12 perlawanan berlangsung.
Kelab itu akan bertemu dengan Selangor TOT United pada Sabtu (8 Julai) dalam perlawanan suku akhir 1 yang bakal berlangsung di Kompleks Sukan Balik Pulau, Pulau Pinang.
Rekod pertemuan antara kedua pasukan milik Selangor Tot yang menang dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat di dalam saingan Piala Malaysia dan seri di peringkat MPFL 2022.
Bagaimanapun, dengan lawan mereka itu merupakan salah sebuah pasukan pilihan untuk musim ini namun dengan prestasi semasa pasukan dari Utara Tanah Air itu juga berpeluang untuk mara ke separuh akhir.
Menurut pengurus pasukan Pulau Pinang FA, Faizul Abdul Rashid berpendapat bahawa gandingan duo pemain import mampu membuka peluang mereka untuk lebih berani mara ke pusingan seterusnya.
Tonggak utama Penang FA, Saman Dashan. — Instagram/penangfutsal
Pemain kelahiran Indonesia, Iqbal Pasaribu dan import Iran, Saman Dashan boleh dianggap sebagai ayam tambatan pasukan dengan kehadiran masing-masing cukup dirasai skuad futsal serta penyokong.
Kedua pemain import itu mempunyai peranan yang berbeza namun memerlukan antara satu sama lain untuk membentuk serangan pasukan kerana dianggap sebagai killer pair.
"Iqbal Pasaribu adalah pemain import dari Indonesia yang bermain dalam first pair Penang bersama penjaring terbanyak iaitu Saman Dashan, keserasian pemain-pemain ini menjadi faktor utama untuk aksi konsisten pasukan musim ini.
"Iqbal dengan Saman memang sangat diperlukan sebagai import,namun skuad Harimau Kumbang agak tempang dengan ketiadaan Iqbal pada pusingan pertama ini,persiapan kami agak sedikit terganggu dengan ketiadaan pemain tersebut," katanya kepada Majoriti.
Dalam saingan peringkat kumpulan, Saman merekodkan 11 gol dan Iqbal berjaya mencetak enam jaringan.
Tonggak import Penang dari Indonesia, Iqbal Pasaribu. — Instagram/penangfutsal
Pemain kelahiran Indonesia yang dibawa masuk dari Giga FC Medan pada awal Januari itu merupakan gandingan terbaik Saman pada musim ini.
"Tapi kalau nak dibandingkan dengan import-import yang ada dalam Malaysia, Iqbal antara pemain Indonesia yang berjaya menyesuaikan diri dalam Liga Malaysia, cepat adapt culture futsal negara.
"Walaupun agak kekok ketika baru masuk dalam team namun bila hampir tujuh bulan bersama, dia sudah pandai sesuaikan diri," kongsinya.
Selain itu, Faizul turut menegaskan bahawa kedua-dua mereka mempunyai sumbangan tersendiri namun tidak dinafikan bahawa Saman memiliki peranan lebih penting Sabtu ini. Saman Dashan juga disamakan dengan tonggak utama pasukan Liga Super, Penang FC.
"Saman Dashan yang merupakan bekas pemain Iran yang mempunyai kualiti tersendiri dan berpengalaman luas semestinya sangat ditagih untuk pertembungan suku akhir sabtu ini.Saman Dashan antara nama yang meniti di mulut penyokong Pulau Pinang selepas Soony Saad dari Penang FC,"jelasnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram