'Enggan terima nilai bawah RM5 juta', Norizam jawab spekulasi 2 usahawan bida TRW


  • Podium
  • Rabu, 05 Jul 2023

Norizam ketika berjumpa Tan Sri Vincent Tan pada 2020. — Facebook

MENJADI bualan penyokong setia Kelantan FC apabila khabar angin mengatakan dua jutawan ahli perniagaan sedang dalam perbincangan untuk mengambil alih skuad The Red Warriors (TRW) daripada Norizam Tukiman.

Kelantan yang dilihat sedang bergolak tentang isu dalaman pasukan melibatkan kewangan sehingga ramai pemain mengambil keputusan untuk melangkah keluar daripada kelab itu.

Umum mengetahui penyakit bola sepak Liga Malaysia (Liga M) yang sukar dipulihkan daripada dahulu ialah sikap boros pihak pengurusan membelanjakan wang sehingga berlakunya tunggakan gaji.

Namun impian penyokong Kelantan untuk melihat individu baharu mengambil TRW pastinya tidak kesampaian jika tiada tawaran melebihi RM5 juta daripada mana-mana pihak.

Menurusi perkongsian wartawan Astro Arena, Wan Muiz di Twitter mendedahkan perkongsian Norizam atau lebih dikenali Zamsaham mengenai penjualan Kelantan FC.

"Dia tidak ada apa-apa bebanan, cumanya kita nak pastikan kelab lebih ke depan, lebih maju dan sebagainya.

"Saya rasa saya boleh 'handle' kelab ini diri sendiri sebenarnya, kalau ada yang betul-betul bersungguh perlu meletakkan nilai yang berpatutan," katanya kepada Astro Arena.

TRW

Kelantan FC kini dihimpit dengan pelbagai kontroversi isu dalam dan luar padang. Facebook/TRW

Norizam menegaskan jika nilai yang dibida bawa RM5 juta, dia tidak akan melepaskan Kelantan FC.

"Kalau nilai itu bawah RM juta saya rasa, saya tidak akan lepaskan, bagi saya itu bukanlah nilai Kelantan FC yang sebenarnya.

"Saya punya konsep, saya tidak akan melepaskan sesuatu benda yang di bawah (nilai) tersebut.

"Saya ada prinsip saya sebenarnya, sebab saya akan buat benda itu dah ada nilai, berjaya, baru saya keluar.

"Saya bukan jenis yang nak melepaskan suka-suka kalau betul dia bersungguh dia perlu berikan harga.

"Saya bukan terdesak atau desperate untuk melepaskan Kelantan FC," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram