SRI Pahang FC pernah mengejutkan dunia bola sepak tanah air apabila memulakan perlawanan Liga Super 2023 dengan rekod tanpa kalah sepanjang 13 aksi berlangsung.
Ini kerana, skuad Tok Gajah itu pernah menjadi satu-satunya pasukan yang mengekalkan rekod tanpa kalah kerana meraih sembilan kemenangan, seri sebanyak empat kali dan dua kekalahan.
Bagaimanapun, anak-anak buah Fandi Ahmad tidak dapat meneruskan rekod tersebut kerana pasukan gergasi tempatan, Johor Darul Takzim (JDT) menggagalkan misi Tok Gajah apabila menang dengan keputusan 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Johor pada 24 Mei lalu.
Kekalahan itu menjadi permulaan Sri Pahang terus mengalami kemerosotan yang drastik sehingga membuat para penyokong kecewa dengan prestasi tersebut.
Pada masa sama, penyerang Sri Pahang, Lucas Silva difahamkan tidak berada dalam perancangan pengendali Tok Gajah, Fandi Ahmad di pusingan kedua Liga Super.
Oleh itu, terdapat tiga pemain tanah air dilihat sesuai untuk menggantikan penyerang berbisa Tok Gajah itu.
Abu Kamara dilihat sesuai menggantikan Lucas Silva. — Facebook/Kuchingcityfc
1. Abu Kamara
Penyerang Kuching City FC, Abu Kamara dilihat sesuai untuk menggantikan Lucas Silva kerana pernah membantu kelab itu melakar kemenangan ke atas Kelantan FC awal musim lalu.
Pemain kelahiran Liberia itu merekodkan empat hasil jaringan dan satu hantaran bantuan dalam 12 perlawanan liga ketika diturunkan.
Selain itu, penyerang berusia 26 tahun itu pernah meraih anugerah Kasut Emas Liga Perdana 2022 bersama skuad The Cats selain disamakan dengan jelmaan legenda kelab, Keita Mandjou.
Pemain kelahiran Liberia, Jordan Mintah. — Facebook/Terengganufc
2. Jordan Mintah
Penyerang import Terengganu FC (TFC) itu dilihat semakin hebat apabila meledak dua gol dalam permainan kerana meraih kemenangan 2-0 ketika menentang Kuching FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu.
Pemain kelahiran Liberia itu merekodkan empat hasil jaringan dan satu hantaran bantuan dalam 12 perlawanan liga ketika diturunkan.
Pemain berusia 27 tahun itu mencatatkan lima gol dalam 10 perlawanan Liga Super dan dua gol saingan Piala FA 2023.
Penyerang NSFC, Shahrel Fikri. — Agensi
3. Shahrel Fikri
Penyerang pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC), Shahrel Fikri Fauzi mampu menarik nafas lega selepas meraih jaringan sulungnya bersama skuad Jang.
Bukan itu sahaja, pemain yang juga mesra disapa sebagai 'Eky' itu dilihat sebagai seorang penyerang yang berkualiti dan cekap dalam melakukan larian ke dalam kotak penalti dan sangat baik setiap kali bersedia untuk menerima umpanan.
Eky mencatatkan lima gol dan satu hantaran bantuan dalam perlawanan Liga Super dan satu gol dalam aksi Piala FA 2023.
Oleh itu, ketiga-tiga pemain itu dianggap sebagai pemain yang sangat sesuai untuk menggantikan Lucas Silva kerana pernah meledak 11 gol dalam 15 penampilan bersama Penang FC musim lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram