JOHOR Tigris memulakan aksi perlawanan pusingan kedua Liga Sepak Takraw (STL) Emas Annuar 2022/2023 (STL) dengan prestasi yang cemerlang apabila berjaya menewaskan pencabar liga, ATM Guardians,18-21,21-19 dan 21-13.
Regu Tigris berjaya meraih dua kemenangan di minggu kelima dan menduduki tangga keenam dengan jumlah kutipan 10 mata.
Hasil perlawanan sengit kedua-dua pasukan itu menyaksikan tekong import, Rattadech Noijaroen muncul sebagai penyelamat Johor Tigris.
Antara aksi Tigris menentang ATM. — Facebook/STL
Pada 1 Julai, Johor Tigris juga mencatatkan kemenangan ke atas Perak Bison,21-19 dan 21-12 yang mana perlawanan kelima pusingan kedua diadakan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Menjelang perlawanan ketiga minggu kelima menentang Penang Black Panthers, Johor Tigris yakin mampu meneruskan rentak kemenangan dan sekali gus mampu mengubah kedudukan mereka yang kini menghuni kedudukan keenam liga.
Pengurus Johor Tigris, Ahmad Hasif Mohamed Halim memuji prestasi semasa yang ditampilkan oleh regu Tigris yang semakin menunjukkan prestasi yang baik.
"Setakat ini, prestasi Johor Tigris berada di dalam momentum yang baik sejak bermulanya pusingan kedua STL.
"Waktu break itu kami meneruskan latihan seperti biasa dan ada memberi sedikit motivasi kepada pemain-pemain untuk menyatakan hasrat presiden supaya dapat melayakkan diri pada Champion Cup iaitu berada dalam top 4 liga.
“Kita harap pemain boleh menunjukkan prestasi yang baik dalam pusingan kedua dan tidaklah seperti pusingan pertama,” katanya kepada Majoriti.
Tigris dilihat cuba menghasilkan serangan ke atas ATM. — Facebook/STL
Selain itu, Hasif juga mengatakan bahawa pasukannya itu akan mengekalkan pemain yang sedia ada jika tiada berlaku sebarang kecederaan sepanjang sesi latihan dijalankan.
Selain itu, tekong import, Rattadech Noijaroen difahamkan balik ke negara kelahirannya untuk berlatih bersama jurulatih persendiriannya.
“Setiap pemain yang berada di Malaysia berlatih seperti biasa dan Rattadech balik ke Thailand dan berlatih bersama personal coach dia.
Bukan itu sahaja, Majoriti juga menanyakan mengenai perubahan yang agak drastik dilakukan oleh Johor Trigis berbanding pusingan pertama liga tersebut berlangsung.
“Pada saya perubahan secara mendadak daripada segi mental dan skill pemain itu sendiri, mereka sudah mula menampakkan keserasian yang baik dan mampu mengawal gelanggang dengan baik bersama pasukan.
“Setakat ini, Johor masih mengekalkan corak permainan yang sama daripada segi pemain dan kita akan menggunakan pemain yang sama.
“Kemungkinan, jika tiada sebarang kecederaan kepada para pemain dalam sesi latihan dalam minggu ini, kita akan menggunakan pemain yang sama untuk beraksi menentang Pulau Pinang nanti.
Menurut Hasif, setakat perlawanan liga berlangsung semua pasukan yang mengambil bahagian adalah pencabar utama bagi pasukan Regu Tigris kerana dilihat mempunyai kekuatan masing-masing.
“Setakat ini, bagi saya semua pasukan adalah pencabar bagi jadi pasukan Johor Tigris.
“Kami akan teruskan misi untuk menang setiap perlawanan dan fokus utama kami cuba melayakkan diri ke saingan Champion Cup, ia penting kerana perlawanan itu berlangsung di gelanggang sendiri.
“Sudah empat atau lima tahun kami layak ke Champion Cup berturut-turut dan kami akan usaha lagi untuk sampai ke peringkat itu,” kongsinya.
Selepas ini, Johor Tigris dijadualkan menentang Penang Black Panthers. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram