SELEPAS sering mengalami siri kekalahan dalam saingan Liga Super 2023, Kelantan FC berdepan krisis kekurangan pemain utama bagi menghadapai baki saingan musim ini.
Ia ekoran masalah dalaman dihadapi Kelantan FC sehingga memberi kesan negatif terhadap pasukan apabila beberapa pemain pasukan itu mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab tersebut.
Antara pemain yang meninggalkan kelab tersebut ialah Carli de Murga, Miguel Cifuentes, Mario Arques, Ismahil Akinade dan terbaru, Nuha Marong.
Selepas pemergian pemain-pemain tersebut, tonggak import Nigeria, Ismahil dan penyerang Gambia, Nuha mencuri tumpuan selepas dilihat melakukan siaran langsung di laman Instagram yang seperti mengajuk bekas majikannya, Norizam Tukiman.
Menerusi satu hantaran video di laman Instagram bekas penyerang The Red Warriors (TRW), Ismahil dan Nuha difahamkan sedang membuat siaran langsung bersama rakan sepasukan yang pernah bermain di Kelantan FC.
Difahamkan, kedua-dua bekas penyerang itu bersiaran langsung bersama dengan Carli de Murga yang bermain sebagai pemain pertahanan ketika beraksi bersama TRW, namun dia turut mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab tersebut.
Sebelum ini, De Murga meninggalkan TRW dan memilih untuk menyertai kelab Indonesia, PS Barito Putera sebagai destinasi baharunya.
Dalam video itu, Ismahil dilihat seolah-olah 'menganjing' pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih mesra dipanggil sebagai Zamsaham.
Sebelum menamatkan live tersebut, Ismahil dianggap mengajuk perwatakan bekas majikannya dengan pergerakan tubuh badan yang sama seperti Zamsaham.
“Sekejap, saya ingin menunjukkan sesuatu kepada anda.
“Jom, saya tunjukkan contoh. Kamu, ikut pemain lain, keluar.
“Kamu, kamu semua, no english, Zamburger, ” katanya dalam aksi tersebut sambil melakukan aksi seolah-olah sedang menikmati makanan segera burger yang sinonim dengan pemilik TRW itu.
Dalam pada itu, ramai penyokong TRW terhibur dengan aksi yang ditunjukkan oleh bekas penyerang import itu.
Ismaheel dan Nuho sebelum ini mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab tersebut berikutan isu tunggakan gaji yang masih diketahui statusnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram