SRI Pahang FC dalam proses meningkatkan corak permainan dan taktikal untuk diterapkan dalam menghadapi pusingan kedua perlawanan Liga Super 2023.
Skuad Tok Gajah berjaya meraih tiga mata penuh di laman pihak lawan selepas menang bergaya dalam aksi menentang Kelantan FC pada Jumaat lepas.
Menerusi satu kenyataan di laman Facebook Panthera Tigris Jacksoni mengatakan mengenai dua pemain yang dilihat berbakat dalam kancah bola sepak tanah air mampu membantu pasukan Tok Gajah.
Nik Sharif Haseefy. — Agensi
Antaranya termasuklah Nik Sharif Haseefy dilihat memiliki bakat untuk berkembang bersama pasukan Tok Gajah.
Sebelum bermain bersama Terengganu FC, pemain tengah berketinggian 1.68 meter itu pernah menabur bakti bersama skuad Bawah 21 (B-21) Sri Pahang pada musim 2014-2018.
"Seorang lagi bakat muda yang sepatutnya berkembang di senior level. Dia ni kalau tunggu di Sri Pahang memang akan jadi bintang di senior level tapi nak buat guane dia dah nak pergi juga," katanya dalam status tersebut.
Pemain pertahanan, Daniel Amier. — Agensi
Sementara itu, seorang lagi pemain turut diharapkan sertai skuad Tok Gajah iaitu Daniel Amier.
Hal ini kerana, ramai penyokong turut bersetuju dengan kemasukan pemain itu untuk membantu bahagian tengah Tok Gajah.
"Betul ke Daniel Amir nak ke Pahang? Kalau betul baguslah tapi sebenarnya dia ni patut berada di Kuantan selepas keluar dari Felda United dulu," katanya dalam kenyataan itu.
Daniel Amier merupakan produk akademi Frenz United dan pernah berkhidmat dengan kelab Felda United dari 2017 hingga 2020.
Pemain berusia 26 tahun kelahiran Kuala Lumpur itu secara rasmi menjadi ahli keluarga JDT pada Disember 2020 dan beraksi di posisi tengah untuk skuad JDT II dalam Liga Perdana musim lalu.
Berdasarkan transfermarkt.com, Daniel Amier hanya memperoleh 106 minit permainan dengan satu gol menerusi empat penampilan bersama JDT II sepanjang musim 2022.
Daniel Amier juga pernah menyarung jersi Harimau Muda ketika beraksi untuk skuad bawah 19 tahun (B-19) pada 2015 dan skuad negara bawah 23 tahun (B-23) pada 2017 hingga 2019. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram