'Harapan palsu', 3 pemain kelas A katanya pernah 'scam' JDT


  • Podium
  • Selasa, 04 Jul 2023

Skuad JDT dibarisi ramai pemain import berkualiti dunia. β€” Facebook/JDT

PASUKAN gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Takzim (JDT) sentiasa mencuri perhatian pemerhati bola sepak dengan kelengkapan fasiliti bertaraf dunia dan prestasi memberansangkan dipamerkan kelab tersebut.

Ditambah pula dengan kedatangan beberapa pemain import terkemuka, membuatkan kelab itu semakin berjaya mengukuhkan kedudukan skuad tersebut selaku antara pasukan terkemuka di rantau Asia.

Harimau Selatan yang dibarisi ramai pemain kebangsaan ketika ini, dilihat semakin rancak dalam membawa masuk import 'class A' di Johor sebagai salah satu persiapan untuk beraksi di Kejohanan Liga Juara-Juara AFC (ACL) tahun ini.

Baru-baru ini, peminat dikejutkan dengan perkhabaran bekas penyerang Manchester United dan Chelsea, Radamel Falcao yang dikatakan akan menjadi pemain import baharu kelab tersebut.

Namun, harapan itu musnah sekelip mata apabila pemain itu melanjutkan kontrak bersama kelab La Liga, Rayo Vallecano untuk tempoh semusim lagi.

Perkembangan itu sekali gus menamatkan spekulasi yang bertiup sebelum ini bahawa pemain Colombia itu akan membuat penampilan bersama Harimau Selatan.

fall

Radamel Falcao sebelum ini dikatakan akan menjadi pemain import JDT. β€” Instagram/TMJ

Dalam pada itu, khabar angin perpindahan pemain bertaraf dunia ke JDT bukanlah satu perkara baharu berlaku dengan beberapa lagi individu turut pernah dikaitkan dengan skuad JDT.

Berikut merupakan tiga pemain berstatus bintang yang pernah dianggap sebagai 'scam' oleh segelintir penyokong apabila berita kemasukan mereka ke JDT diibaratkan umpama 'mimpi di siang hari':

sanvezzo

Camilo Sanvezzo

Penyerang kelahiran Mexico, Camilo Sanvezzo sebelum ini dikatakan hampir pasti menyarung jersi JDT bagi musim 2021.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pemiliknya, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sendiri yang mengumumkan Sanvezzo sebagai penyerang baharu JDT di samping Gonzalo Cabrera dan Fernando Rodriguez sebagai penyerang import.

Namun, perkara itu dinafikan oleh media terkemuka di Mexico yang melaporkan bahawa Sanvezzo membuat keputusan untuk kekal di Mazatlan FC meskipun mendapat tawaran dari luar negara khususnya Malaysia.

Kini, pemain berusia 34 tahun itu kekal beraksi di liga utama Mexico bersama Queretaro FC dan merupakan tonggak utama skuad berkenaan pada musim ini.

benatia

Mehdi Benatia

Bekas pemain Juventus, Mehdi Benatia sebelum ini juga antara yang dikaitkan ke JDT pada 2019 susulan perkongsian gambar dimuat naik TMJ bersama pemain pertahanan antarabangsa Maghribi tersebut.

Pemilik pasukan itu pernah memuat naik gambar bersama Mehdi Benatia dengan ciapan seolah-olah menggambarkan kedatangan pemain itu ke Harimau Selatan.

"Salah seorang pemain pertahanan terbaik di Roma, Bayern dan Juventus. Pemain terbaik di dunia, gembira bertemu kamu dan jumpa di Johor kelak.

Dalam masa yang sama, TMJ turut menulis kapsyen: "@mausantos33 @adamazlin09. Saya sudah jumpa rakan sepasukan baharu buat kalian," ciapnya di Instagram.

Namun, perkara itu tidak menjadi realiti apabila berita itu semakin dilupakan dan tiada sebarang maklumat lanjut berkenaan perpindahan pemain itu ke JDT sehingga ke hari ini.

tim

Tim Cahill

Pada April lalu, penyokong Harimau Selatan dihidang dengan khabar angin menggembirakan apabila legenda pasukan kebangsaan Australia, Timothy Filiga Cahill ataupun lebih dikenali sebagai Tim Cahill berkemungkinan berada dalam projek baharu pemilik kelab itu.

Khabar angin itu bermula apabila Tunku Ismail memberi respons 'see you soon Tim’ terhadap komen yang ditinggalkan bekas pemain Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton itu di hantaran beliau.

Oleh sebab itu, ramai penyokong JDT mulai membuat spekulasi bahawa interaksi antara dua tokoh bola sepak itu ada kaitan dengan projek baharu TMJ yang sebelum ini hangat diperdebatkan.

Namun begitu, belum ada sebarang pengumuman rasmi lagi berkenaan perkara itu dan berkemungkinan Tim Cahill hanyalah memberi komen sebagai seorang rakan kepada Tunku Ismail.

Sebelum ini, Tim Cahill juga pernah memuat naik video sedang menyaksikan perlawanan Liga Juara-juara AFC di antara pasukan JDT menentang Kawasaki di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. β€” Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram