Tok Gajah pernah 'terjerat' tunggakan insurans cecah RM300,000


  • Podium
  • Isnin, 03 Jul 2023

Pengendali Pahang FA, Razip Ismail bersama pemain Pahang FA pada musim 2016. — Agensi

MASALAH tunggakan gaji antara isu yang sering terjadi kepada pasukan bola sepak tanah air dan saban tahun ada sahaja pemain menjadi mangsa bekerja tanpa gaji dek kerana sikap acuh acuh pihak pengurusan.

Sebelum ini Majoriti pernah melaporkan bahawa Pahang FA merekodkan antara pasukan yang mengalami masalah gaji terburuk dengan menyaksikan Jun 2014 satu laporan media mengatakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dilanda masalah besar berikutan masalah tersebut.

Namun selain sejarah gaji tersebut, pasukan Tok Gajah juga direkodkan gagal membayar perlindungan insurans pemain mereka yang berjumlah RM300,000 pada musim 2016.

Berdasarkan laporan media pada 3 Julai 2016, Pahang ketika itu difahamkan berkemungkinan disingkirkan daripada saingan Liga Malaysia berikutan masalah insurans berkenaan.

Pasukan dalam Liga Super dan Liga Perdana mesti mendapatkan perlindungan insurans untuk pemain mereka sebelum permulaan musim.

Ketika itu sesetengah syarikat insurans membenarkan pembayaran berperingkat dalam tempoh yang dipersetujui namun Pahang difaham tidak membuat pembayaran tersebut.

Walaupun pemain Pahang masih dilindungi di bawah skim insurans, polisi itu boleh dibatalkan jika mereka tidak membuat pembayaran pada 5 Julai 2016.

Difahamkan, syarikat insurans itu semakin hilang sabar kerana beberapa tempoh lanjutan sudah diberikan ke kawasan Pantai Timur.

Pulau Pinang dan pasukan divisyen kedua, Perlis juga mempunyai masalah dengan perlindungan insurans tetapi kedua-duanya baru-baru ini memenuhi tarikh akhir pembayaran.

Polisi insurans untuk keseluruhan pasukan berbeza dari RM200,000 hingga RM300,000 semusim.

WhatsApp Image 2023-07-03 at 10.11.28

CEO FMLLP, Kevin Ramalingam. — Agensi

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLPP) bersetuju secara bersama bahawa sekiranya perlindungan insurans Pahang ditarik balik, bekas juara Piala Malaysia itu akan dihalang daripada semua pertandingan dan walkover akan diserahkan kepada lawan mereka.

"Jika perlindungan insurans pasukan ditarik balik oleh syarikat insurans kerana tidak membayar, maka mereka tidak akan dibenarkan bermain kerana ini adalah sebahagian daripada keperluan liga.

"Kebajikan pemain mesti dilindungi. Buat masa ini, perlindungan insurans semua pasukan kekal sah...sekiranya perubahan ini maka FMLLP akan bertindak sewajarnya.

"Kami telah dimaklumkan mengenai beberapa kelewatan pembayaran kepada syarikat insurans oleh beberapa pasukan. Saya percaya pasukan berkenaan sedang menyelesaikannya. Pasukan memilih insurans mereka sendiri, berdasarkan keperluan perlindungan yang dipersetujui,” kata ketua pegawai eksekutif (CEO) FMLLP, Kevin Ramalingam kepada Timesport.

Muak dengan pasukan gagal mematuhi syarat, FAM kemudiannya mewajibkan kelab menjelaskan bayaran insurans sebelum permulaan musim pada tahun berikutnya.

Selepas permulaan musim yang buruk, Pahang ketika itu menggugurkan semua pemain import mereka (Zesh Rehman, German Pacheco, Dalibor Volas dan Nejc Potokar) untuk pemain baharu kerana mahu bangkit semula apabila musim bersambung dengan Piala Malaysia pada 12 Julai.

Difahamkan, pada pusingan kedua itu juga, Fandi Ahmad dilantik oleh Pahang FA untuk membantu jurulatih, Razip Ismail kerana kelihatan kelibatnya dalam sesi latihan. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram