PENYERANG pasukan kebangsaan Ghana, Richmond Boakye-Yiadom secara rasmi diumumkan sebagai pemain import baharu Selangor sekali gus melengkapkan sembilan kuota asing yang ditetapkan bagi musim 2023.
Penyerang berusia 30 tahun itu memiliki pengalaman yang cukup luas dalam pentas bola sepak Eropah dan pernah beraksi bersama beberapa pasukan di Serie A (Itali).
Bekas bintang Sasuolo itu pernah membantu pasukan untuk dipromosikan ke Serie A selain menjadi tunjang utama buat beberapa pasukan.
Boakye pernah beraksi bersama gergasi Serie A, Juventus FC namun lebih menyerlah ketika di Serbia bersama Red Star Belgrade.
Tangkap layar info yang dikongsikan @Romyjarr di Twitter.
Aksi cemerlangnya bersama Red Star Belgrade menyaksikan dia meledak 43 gol selain melakar 11 bantuan gol dalam 63 perlawanan bersama pasukan terbabit.
Selain itu, dia turut membantu Red Star Belgrade mara ke pusingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah 2018/19 (UCL) buat pertama kali selepas 27 tahun menyertai kejohanan itu.
Bagi kariernya bersama skuad nasional, dia membarisi skuad Bawah 20 tahun (B-20) Ghana dan pasukan senior sehingga musim 2022.
Namun adakah anda tahu, menurut perkongsian salah seorang penyokong @Romyjarr dalam Twitter pada Rabu menyatakan pernah ada cubaan untuk membawa Boakye ke Chelsea semasa era Antonio Conte.
"Antonio Conte bawa Boakye ke Juventus suatu ketika dahulu.
"Kemudian Conte di Chelsea, dia mahu Boakye ke Chelsea untuk gantikan Alvaro Morata yang 'flop' di Stamford Bridge.
"Tapi orang sana cakap, 'board' Chelsea lebih kepada Moussa Dembele berbanding Boakye," ciapnya di Twitter.
Pada masa sama, menjadi persoalan adakah Boakye mampu berjaya di bawah bimbingan Tan Cheng Hoe ataupun sebaliknya.
Selain itu, majoriti penyokong Gergasi Merah juga hairan dengan tindakan pihak pengurusan yang membawa masuk penyerang import baharu seperti Boakye sedangkan masalah benteng pertahanan yang rapuh sebenarnya lebih kritikal musim ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram