KELANTAN FC terus menjadi pasukan belasahan apabila ditewaskan 0-5 ketika bertembung dengan Sri Pahang FC dalam saingan Liga Super 2023 yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu pada Jumaat lalu.
Kekalahan itu dilihat cukup sebati dengan pasukan tersebut apabila hanya mencatatkan satu kemenangan dalam 14 perlawanan liga berlangsung.
Bagaimanapun, kekalahan itu juga sering dikaitkan dengan masalah dalaman yang berlaku iaitu isu pemain tidak dibayar gaji.
Kejadian tersebut dilihat menjadi menjadi punca apabila beberapa pemain nekad mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab tersebut.
Sebelum ini, dalam satu kenyataan di laman Facebook, pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman memaklumkan bahawa sudah membayar penuh tunggakan gaji pemain tempatan pasukan itu dan menumpukan untuk menyelesaikan bayaran gaji pemain import bagi bulan Mei.
Namun, isu tunggakan gaji kelab The Red Warriors (TRW) nampaknya belum menemui titik penamat apabila salah seorang bintang muda kelab tersebut berkongsi satu hantaran di media sosial seolah-olah memberi bayangan terhadap masalah tersebut.
Tangkap layar Instagram memaparkan hantaran tersebut. — Instagram/fazrulamir_
Baru-baru ini, penyerang TRW, Fazrul Amir Zaman memuat naik semula hantaran daripada salah seorang pemain Kelantan FC, Muhammad Afzal Akbar yang seakan-akan memberi bayangan mengenai isu tunggakan gaji tersebut.
"Tengok bayang-bayang yang disertakan dengan emoji duit," kata Afzal Akbar dalam hantaran tersebut.
"Manakah ia?," sambung Fazrul dalam hantaran di Instagram miliknya.
Sebelum ini, dunia bola sepak tanah air kecoh berikutan pendedahan pemain Kelantan FC berhubung dengan tunggakan gaji pada bulan April yang tidak dibayar oleh pasukan itu.
Bukan itu sahaja, Zamsaham juga dikritik oleh peenyokong bola sepak kerana dianggap menahan gaji pemain dengan alasan menginginkan pasukan tersebut melakar kemenangan dalam saingan liga. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram