'Skrip sama', fans skuad Jang sudah lali kehilangan tonggak utama menjelang aksi getir JDT


  • Podium
  • Rabu, 28 Jun 2023

Sekitar aksi Liga Super antara skuad Jang dan Harimau Kumbang pada Isnin. — Facebook/NSFC

SKUAD Negeri Sembilan FC (NSFC) sekadar berkongsi satu mata apabila terikat dengan keputusan 1-1 ketika menghadapi Penang FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan pada Isnin.

Dalam babak pertama perlawanan tersebut, skuad Harimau Kumbang membuka tirai jaringan menerusi penyerang berbisa, Giovane Gomes pada minit ke-48 dan menjadi pendahulu perlawanan.

Bagaimanapun, jaringan Tommy Mawat Bada pada penghujung permainan menyelamatkan skuad Jang daripada mengalami kekalahan kepada Penang FC.

Dalam pada itu, kecederaan yang dialami oleh kapten skuad Jang, Zaquan Adha Abdul Radzak pasti sukar diterima oleh pasukan NSFC kerana dilihat kehilangan tonggak utama dalam menghadapi pasukan gergasi, Johor Darul Takzim (JDT) pada 8 Julai depan.

Pemain senior berusia 35 tahun itu didakwa mengalami kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL) yang terpaksa direhatkan sekurang-kurangnya empat bulan.

WhatsApp Image 2023-06-27 at 22.05.01

Pemain pertahanan skuad Jang, Herold Goulon. — Facebook/NSFC

Bukan sahaja kapten skuad Jang tidak dapat beraksi malah pemain pertahanan NSFC, Herold Goulon turut dilaporkan mengalami kecederaan selepas aksi bertemu Penang FC.

Rentetan insiden itu, Goulon seolah-olah hampir pasti terpaksa melupakan aksi berdepan skuad Harimau Selatan.

Oleh itu, ramai penyokong skuad Jang seperti sudah muak dengan ketiadaan pemain import kelahiran Perancis tersebut setiap kali bertembung dengan JDT.

"Goulon last minit sudah injured, game lepas ini confirm tak main, panjang akal eh, next game lawan JDT pula, kata Awin Sazwi.

"Kan nak lawan JDT, skrip yang sama lah yang diulang-ulang," kata Samsul Waghih Kota.

"Pandai ambil alasan ya Goulon ni, masa dia sibuk gosok kaki lepas lawan Penang hari itu, automatik saya sudah terfikir lepas ni dia tak main lawan JDT, alasan injured kaki lah tu," kata M Aznawi Mat Awan.

Skuad NSFC berada pada tangga kesembilan carta Liga Super dengan mengutip 19 mata dalam 15 perlawanan berlangsung. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram