MENJELANG aksi getir separuh akhir menentang juara Piala FA musim lalu, Johor Darul Takzim (JDT), Selangor FC difahamkan terpaksa melalui 'ujian' apabila segelintir dipercayai penyokong Harimau Selatan bertindak bermain bunga api di luar hotel penginapan Gergasi Merah pada awal pagi Isnin.
Menerusi laman Insta Story seorang lelaki yang dipercayai bertugas sebagai pegawai perubatan Selangor FC, pengguna akaun @Hazwan_khair memuat naik video bunga api tersebut dan meluahkan susah untuk tidur susulan 'gangguan’ tersebut.
Tangkap layar memaparkan hantaran tersebut. — Instagram/ hazwan_khair
Menerusi satu hantaran di laman media sosial Instagram salah seorang pasukan perubatan Selangor FC, sebelum hari perlawanan berlangsung, para barisan pemain Selangor FC dikejutkan dengan dentuman bunyi api yang berlaku sekitar pukul 3.00 pagi.
Difahamkan, tempat penginapan pemain dan kakitangan Selangor FC menginap dikejutkan dengan dentuman bunga api sekitar pukul 3.00 pagi Isnin yang menyebabkan kesukaran untuk tidur dalam keadaan selesa.
Ramai penyokong Selangor FC meluahkan rasa tidak puas hati dengan segelintir penyokong JDT tersebut.
"Sudah adjust game, lepas itu nak set bunga api pula haha," kata @ezad_r.
"J sudah start buat macam luar negara," kata @munirxasuation.
"Lahh ingat terpaling power sudah dekat liga kampung ini, tapi goyang jugak siap main taktik p****n macam ini, kata @LIL_gvup.
Perkara itu seterusnya dikaitkan dengan kejadian sama yang berlaku antara penyokong Liverpool dan Real Madrid pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara (UEFA) musim lepas.
Ketika itu, penyokong Liverpool turut bertindak bermain bunga api di luar hotel penginapan skuad Real Madrid sebelum perlawanan tersebut berlangsung.
Dalam pada itu, perlawanan sengit antara Terengganu FC (TFC) menentang Kuala Lumpur City FC (KL City FC) dalam separuh akhir saingan Piala FA 2023 menemui titik penamat apabila The City Boys berjaya menundukkan tuan rumah dengan keputusan 4-2 menerusi sepakan penalti pada Ahad.
Pasukan KL City FC berjaya menempah tiket ke final berikutan kemenangan yang sengit tersebut dan bakal menghadapi salah satu pasukan gergasi tanah air.
Oleh itu, menjelang perlawanan antara dua pasukan gergasi dalam kancah bola sepak tanah air iaitu Johor Darul Takzim (JDT) dan Selangor FC, pastinya menarik perhatian penyokong setia kedua pasukan tersebut untuk melihat pasukan mana yang bakal beraksi pada final nanti untuk menghadapi The City Boys.
Skuad Selangor FC dijadual menentang Harimau Selatan pada Isnin di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bagi perebutan tiket ke pentas akhir Piala FA 2023. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram