Pernah bergelut di Sabah, penyerang kelahiran Liberia rupanya pernah cuba nasib nak ke Sweden


  • Podium
  • Sabtu, 24 Jun 2023

Sesi latihan pemain Sang Badak untuk persediaan menghadapi Kelantan United FC dalam saingan Liga Super 2023. — Instagram/ officialsabahfc

PASUKAN Sabah FC memulakan kempen Liga Super 2023 dengan menampilkan prestasi cemerlang hanya pada awal musim namun kecundang dalam beberapa perlawanan seterusnya.

Ini kerana, kelekaan yang dihadapi oleh anak buah Datuk Ong Kim Swee (DOKS) itu menjadi punca kekalahan tersebut kerana dilihat mudah selesa apabila menjadi pendahulu perlawanan.

Skuad Sang Badak dibarisi oleh pemain yang cukup berpengalaman dan berkualiti dalam dunia bola sepak dan ia merupakan satu kelebihan yang perlu dimanfaatkan oleh pasukan tersebut.

ezgif.com-webp-to-jpg (15)

Aksi bekas penyerang Sabah FC, Sam Johnson ketika menentang UITM dalam saingan Liga Super 2021.

Sebelum ini, skuad Sabah FC memiliki penyerang yang berasal dari Liberia, Sam Garyahzon Johnson yang pernah membantu pasukan itu dalam saingan Liga Super musim 2021.

Pemain berketinggian 1.80 meter itu mencetak dua gol dan dua hantaran bantuan dalam 10 penampilan bersama The Rhinos.

Pada musim 2021, pemain berusia 30 tahun itu pernah beraksi bersama pemain legenda Selangor FC, Amri Yahya dan Levy Madinda yang turut membantu pasukan Sang Badak ketika itu.

Namun begitu, terdapat desas-desus bahawa penyerang import itu ingin melebarkan sayap untuk beraksi dalam Liga Sweden.

Cuma difahamkan, Johnson perlu melupakan impiannya untuk bermain dalam Liga Sweden berikutan tidak melepasi kelayakan yang diperlukan dalam saingan tersebut.

Ini kerana, bekas penyerang Sang Badak itu hanya beraksi dalam Divisyen 3 saingan Liga Sweden.

Bagaimanapun, menerusi transfermarkt, pemain kelahiran Liberia itu kini berstatus sebagai ejen bebas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram