PASUKAN Sri Pahang FC berpesta gol apabila menang mudah ke atas Kelantan FC dengan keputusan 5-0 yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan pada Jumaat.
Kemenangan itu memberikan kelegaan kepada pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad berikutan anak buahnya tidak menampilkan aksi yang baik pada babak pertama.
Walaupun begitu, The Red Warriors (TRW) tetap dibolosi seawal minit ke enam hasil jaringan Sergio Ezequiel Aguero yang meletakkan Tok Gajah sebagai pendahulu perlawanan.
Bukan itu sahaja, skuad Tok Gajah bangkit pada perlawanan masa kedua dengan menambah empat jaringan menerusi Mohammad Fadhli Shas dan Kpah Sherman yang masing-masing mencetak dua gol.
Penyerang sayap Kelantan FC, Fazrul Amir Zaman. — Instagram/ fazrulamir_
Bagaimanapun, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa ketua jurulatih Tok Gajah sedang mengintai pemain kelahiran Kelantan, Fazrul Amir Zaman untuk dibawa masuk ke kelab tersebut pada jendela perpindahan Julai depan.
Dalam pada itu, Fandi Ahmad memberi bayangan dengan mengatakan bahawa meminati pemain Kelantan FC yang memakai jersi 17.
Ini kerana, kehadiran pemain muda berusia 23 tahun itu dikatakan mampu membantu memperkukuhkan benteng pertahanan mahupun jentera serangan skuad tersebut.
Penyerang sayap TRW itu merekodkan dua gol dan satu hantaran bantuan dalam 12 perlawanan saingan Liga Super 2023.
Untuk rekod, Fazrul memulakan karier remajanya di PKNS FC dan berhijrah ke Kelantan United pada musim 2020 sebelum menyertai Kelantan FC pada jendela perpindahan yang lalu.
Skuad Tok Gajah menghuni tangga ketiga Liga Super 2023 dengan mengutip 31 mata dalam 15 perlawanan dan bakal dijadualkan untuk menghadapi antara pencabar liga iaitu Selangor FC pada 9 Julai nanti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram