Fans Terengganu tinggal pesanan buat Sony Norde menjelang aksi Piala FA lawan KL City


  • Podium
  • Jumaat, 23 Jun 2023

Sekitar aksi yang ditampilkan oleh barisan pemain Sang Penyu apabila meledak jaringan menentang Harimau Selatan. — Facebook/ Terengganufc

MENJELANG perlawanan di peringkat separuh akhir Piala FA 2023, Terengganu FC (TFC) bakal memulakan saingan tersebut dengan menerima kunjungan skuad Kuala Lumpur City FC (KL City FC) yang akan berlangsung di Stadium Sultan Zainal Abidin pada Ahad ini.

Perlawanan tersebut boleh dikatakan sengit apabila barisan pemain TFC bakal menentang salah seorang pemain The City Boys yang membantu Harimau Malaya memperolehi kemenangan ketika menghadapi Papua New Guinea dalam persahabatan antarbangsa baru-baru ini.

Walaupun bermain di laman sendiri memberi sedikit kelebihan kepada barisan pemain Sang Penyu namun mereka juga perlu berhati-hati dengan kelincahan pemain naturalisasi, Paulo Josue yang mencatatkan hatrik dalam aksi persahabatan antarabangsa tersebut.

WhatsApp Image 2023-06-23 at 17.34.58

Peledak berbisa Sang Penyu, Sony Norde. — Facebook/ Terengganufc

Dalam satu kenyataan laman rasmi Facebook Terengganu FC, peledak berbisa, Sony Norde tidak berselindung mengenai perasaan gembiranya berada di Terengganu. Ini kerana, dia merasa sangat berbeza apabila menyertai kelab tersebut berikutan layanan yang diberikan oleh pihak pengurusan kelab, rakan sepasukan dan rakyat di negeri itu sangat berbeza.

Sony juga menyatakan dirinya sememangya boleh memfokuskan 100 peratus terhadap pasukan dan menjalani latihan dengan teratur.

Selain itu, ketika ini pemain berketinggian 1.76 meter itu menyatakan dia dan rakan sepasukan berada di tahap terbaik kerana dapat memenuhi susun atur latihan yang direncanakan pengendali, Tomislav Steinbruckner.

Sony mengharapkan dirinya dan rakan sepasukan dapat menterjemahkannya ke perlawanan sebenar dan objektif skuad mereka pada aksi kali ini adalah untuk memperolehi kemenangan sekaligus membawa pasukan itu ke pentas akhir Piala FA 2023.

Pemain kelahiran Haiti itu juga berharap dan menyeru buat seluruh penyokong dapat hadir dan memenuhi stadium serta membantu menaikkan semangat dan aura Terengganu FC pada Ahad ini.

Oleh itu, walaupun menampilkan aksi cemerlang dalam beberapa perlawanan Liga Super, ramai penyokong setia Sang Penyu memberikan sokongan dan berharap agar pemain import itu mampu mengawal emosi dengan tenang ketika di atas padang.

"Buangkan sifat panas baran dan emosi, kalau tidak makan diri sendiri, sapa yang rugi," kata Wan Mohd.

"Sony Norde, kaulah penjaring, awasi Paulo Josue dan Kipre," kata Mat Zan.

"Come on Sony, kita pastikan kita champions tahun ini," kata Safizul Sazwan.

Sony Norde mencatatkan empat gol dalam saingan Liga Super 2023 dengan sebanyak 11 penampilan dan satu gol Piala FA 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram