Selepas bawa masuk Alfredo Vera, TRW mungkin kehilangan anak jati Johor


  • Podium
  • Sabtu, 24 Jun 2023

Sekitar sesi latihan barisan pemain KUFC dalam menghadapi Sabah FC dalam saingan Liga Super 2023 pada Isnin. — Facebook/ KUFC

BARU-baru ini, kelab Kelantan FC menerima kedatangan seorang lagi jurulatih baharu iaitu Angel Alfredo vera yang menggantikan Frank Bernhardt selepas gagal dalam memperolehi sebarang kemenangan dalam saingan Liga Super 2023. '

Sebelum Frank Berhardt mengemudi pasukan Kelantan FC, bekas jurulatih kelahiran Korea Selatan, Choi Moon-sik pernah menggalas tugas tersebut sebelum direhatkan berikutan masalah yang sama dihadapi oleh skuad itu.

Oleh itu, pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman mengambil keputusan untuk membawa masuk seorang lagi jurulatih profesional kelahiran Argentina yang dikatakan sangat berpengalaman dalam Liga Indonesia dan beberapa kelab negara jiran sejak 2013, antaranya Persipura, Persebaya, Sri Wijaya FC, Bhayangkara, Persiba dan Persipura.

rezal

Rezal Zambery Yahaya bakal memperkuatkan barisan pemain Kijang Hijau. — Facebook/ TRW Kelantanfc

Ketika pasukan Kelantan FC mengalami isu dalaman, skuad Kelantan United FC (KUFC) memulakan langkah yang baik dalam saingan Liga Super apabila berjaya menewaskan seteru setempat itu.

Kemenangan itu seolah-olah membuktikan bahawa pihak pengurusan KUFC jauh lebih baik berbanding TRW yang pernah melakar kejuaraan pada 2012.

Walaupun TRW mempunyai jurulatih baharu, namun terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa skuad itu juga akan kehilangan pembantu jurulatih pasukan tersebut, Rezal Zambery Yahaya.

Terdahulu, selepas jurulatih Korea Selatan itu dipecat, Rezal menggalas peranan sebagai pengendali sementara untuk membantu skuad TRW.

Oleh itu, dikhabarkan bahawa Rezal Zambery bakal memperkuatkan barisan kejurulatihan Sang Kijang Hijau selepas melantik ketua jurulatih baharu, Ailton Dos Santos yang bertanggungjawab mengemudi KUFC.

Khabar angin itu sememangnya satu tamparan hebat buat pasukan TRW kerana dilihat kemungkinan besar akan terus menghuni tangga terakhir dalam saingan Liga Super.

Untuk rekod, Rezal pernah mengetuai pasukan TRW Kelantan FC pada musim lalu dan menjawat jawatan sebagai Penolong Ketua Jurulatih musim 2023.

Tambahan pula, anak kelahiran Johor itu pernah membantu Kelantan FC muncul naib juara Liga Perdana 2022. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram