PASUKAN Kedah Darul Aman FC (KDA FC) memulakan kempen Liga Super 2023 dengan menampilkan prestasi cemerlang apabila mampu bersaing dengan pihak lawan.
KDA FC memiliki barisan pemain yang cukup berpengalaman dan memiliki kelebihan masing-masing dalam kancah bola sepak.
Ini termasuk seorang pemain Sang Kenari, Fadzrul Danel Mohd Nizam yang turut menjadi salah seorang pemain penting di bawah bimbingan jurulatih, Nafuzi Zain.
Pemain tengah Sang Kenari, Fadzrul Danel.
Berkongsikan pengalaman sepanjang bergelar pemain bola sepak profesional, Fadzrul Danel berkata, antara yang paling mencabar ialah isu kecederaan.
"Bagi saya, pengalaman yang paling mencabar sekali adalah injury sebab bila kita tengah perform, tiba-tiba injured agak teruk, itulah paling mencabar," katanya.
Pemain berketinggian 1.82 meter itu juga berkongsi bahawa perlunya latihan sampingan dalam menghadapi perlawanan seterusnya untuk memberi kelebihan kepada diri sendiri.
"Kita kena buat sendiri personal training untuk prestasi individu kerana di pasukan Kedah (tiada latihan sedemikian disediakan). Kita tiada perkara tersebut tapi bila nak training boleh panggil beberapa jurulatih kecergasan untuk bantu di gimnasium," kata Fadzrul Danel kepada MFL.
Fadzrul Danel berpendapat bahawa sukan bola sepak merupakan sukan yang dilihat olehnya boleh pergi jauh.
"Saya dari kecil memang minat apa jenis sukan dan apabila meningkat sekolah menengah, saya mula meminati bola sepak.
"Bola sepak adalah jalan terbaik untuk saya," kongsinya.
Faisal Halim beraksi di skuad Harimau Malaya. — Facebook/ FAM
Selain itu, dia juga berkongsikan perjalanan kariernya sebagai seorang pemain bola sepak dan ingin menabur bakti di tempat kelahirannya.
"Saya ingin bermain untuk negeri kelahiran saya sebab membesar di Kedah," katanya.
Fadzrul Danel juga mengimbas memorinya bermain dalam satu pasukan yang sama dengan Faisal Halim semasa mereka dalam darjah enam di Sekolah Sukan Pulau Pinang.
"Saya satu batch dengan Faisal Halim atau lebih dikenali sebagai Mickey, bagi saya performance dia sangat baik dan berbeza daripada orang lain.
"Saya harap Mickey jaga dengan baik performance dia, good luck untuk dia," jelasnya.
KDA FC berada pada kedudukan kelima dalam carta Liga Super 2023 dengan mengutip 28 mata. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram