DENGAN Lucas Silva masih lagi berdepan masalah kecederaan, Sri Pahang FC memerlukan penyerang tambahan bagi bergandingan dengan Kpah Sherman.
Sebelum ini, tular sebuah gambar yang didakwa mirip William Jebor berada di Stadium Darul Makmur, Pahang yang mana menguatkan desas-desus perpindahan pemain itu ke dalam skuad bimbingan Fandi Ahmad.
Namun baru-baru ini, pemain baharu kelahiran Brazil, Matheus Babi pula dikaitkan dengan perpindahan ke Sri Pahang FC.
Mathues atau nama sebenarnya Matheus Barcelos da Silva merupakan penyerang kelab Serie A Brazil, Club Atletico Paranaense.
Penyerang berusia 25 tahun itu baru saja menamatkan tempoh pinjamannya bersama kelab Liga Portugal, CD Santa Clara.
Ketika bersama CD Santa Clara musim lalu, Mathues merekodkan 31 penampilan dalam semua kejohanan dan berjaya menjaringkan enam gol.
Penyerang kelahiran Brazil itu mempunyai larian yang pantas dan sering mencipta peluang kepada rakan sepasukan, meskipun ketinggian 191 cm.
Sebelum ini Mathues memegang rekod sebagai pemain kelima termahal pernah dibawa oleh Paranaense.
Sekiranya Mathues menyertai Sri Pahang FC, adakah dia akan menjadi gandingan terbaik Kpah Sherman yang begitu cemerlang mengetuai jentera serangan Tok Gajah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram