KELANTAN FC terus kempunan untuk mengutip tiga mata penuh di Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan apabila tewas ke atas Sri Pahang FC dengan keputusan 0-5 dalam perlawanan Liga Super pada Jumaat.
Kelantan yang turun tanpa tonggak import dibolosi seawal minit ke enam hasil jaringan Sergio Ezequiel Aguero selepas mudah menampan bola masuk ke gawang gol The Red Warriors (TRW).
Sri Pahang FC dan Kelantan terus menyusun serangan ke kubu lawan masing-masing bagi mendapatkan jaringan gol.
Namun kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan sehingga pengadil meniup wisel tanda tamat separuh masa pertama.
Berbeza pula ceritanya pada separuh masa kedua apabila Skuad Tok Gajah bermula garang seawal separuh masa kedua hasil tandukan Mohammad Fadhli Shas menerusi sepakan percuma pada minit ke-48.
Sepuluh minit kemudian, Kpah Sherman dan Fadhli Shas kembali menambah duka TRW apabila menanduk bola masuk ke dalam gawang gol Kelantan pada minit ke-58 dan minit ke-61 perlawanan.
Lima minit sebelum tamat perlawanan, Kpah Sherman menutup malam gemilang Sri Pahang dengan jaringan kesembilannya selepas menendang bola masuk selepas penjaga gol TRW gagal menepis bola.
Senarai pemain Kelantan FC berdepan Sri Pahang FC. — Facebook/TRW Kelantan FC
Keputusan tamat dengan 0-5 sekali gus menjadikan malam yang sedih buat Frank Bernhardt apabila ini mungkin perlawanan terakhirnya bersama Kelantan FC.
Penyokong sudah pun menjangkakan keputusan tidak akan menyebelahi TRW, namun timbul persoalan dalam kalangan peminat kehilangan kesemua pemain import Kelantan?
"Mana pergi semua pemain import Kelantan?" soal Mohd Rozli.
"Pemain import semua training tapi tak ada dalam senarai pasukan malam ini (Jumaat)," ujar M Zai ML.
"Import seorang pun tak ada, selepas ini lawan JDT pecah terus rekod bolos dalam Liga Malaysia," jelas Khairul Imam.
"Ismahil Akinade dan Nuha Marong mana? Teruk sangat dah Kelantan ini," luah Shahriman Salman. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram