TULAR satu posting yang dimuat naik laman Facebook Seladang Fan Club tentang bekas pemain kebangsaan menceroboh bilik hotel salah seorang individu berstatus isteri orang.
"Terima kasih kepada semua yang membantu isteri saya sebelum ketibaan saya di Kuala Lumpur, hanya ALLAH yang mampu membalasnya.
"Tapi untuk pesalah, dah tiba masanya untuk mendapat habuan yang setimpal apabila dia (suspek) bertindak menceroboh bilik hotel dan bertindak agresif terhadap isteri saya sehingga trauma," katanya menerusi satu posting Facebook.
Posting dakwaan yang dimuat naik individu tersebut.
Posting yang dimuat naik oleh seorang individu dipercayai suami mangsa memberitahu suspek merupakan salah seorang bekas pemain Malaysia dan Perak FC.
"Tiada maaf bagi kau 'Ex Malaysia dan Perak', bila aku dah nekad nak teruskan ke mahkamah, duduklah kau dalam tahanan lokap sementara.
"Kau amat dikenali di kaca televisyen dan di padang," jelasnya.
Namun tidak dapat dipastikan siapakah pemain yang dimaksudkan oleh individu yang memuat naik status berkenaan.
Majoriti akan menghubungi pihak berkuasa untuk mengetahui lebih lanjut tentang kes berkenaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram