HADI Fayyadh Abdul Razak memberikan sedikit kelegaan kepada kepada penyokong Perak FC selepas menjaringkan gol sagu hati ketika menentang Selangor FC dalam Piala MFL pada Khamis.
Penyerang berusia 23 tahun itu, sebelum ini menyertai Perak selepas menghabiskan masa berkelana ke Jepun selama empat tahun dengan menyertai Fagiano Okayama dan Azul Claro Numazu.
Dalam perlawanan menentang Selangor II, Fayyadh menjaringkan gol pembukaan buat Perak FC pada minit ke-24 sehingga tamat separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua perlawanan, skuad Gergasi Merah mula bangkit daripada terus ketinggalan dengan membuka tirai jaringan pada minit ke-66 hasil jaringan Adim Muzahhir.
Sebelum wisel penamat ditiupkan, Abu Khalil (Selangor II) meranapkan impian The Bos Gaurus untuk pulang dengan pungutan mata apabila tewas dengan keputusan 1-2.
Fayyadh ketika diasak pemain pertahanan Selangor II di Stadium UiTM Shah Alam, Selangor pada Khamis. — Facebook/Perak FC
Meskipun tewas, ia memberi sinar baharu kepada Fayyadh supaya terus mempamerkan aksi konsisten jika dipanggil kembali untuk mengetuai barisan serangan skuad utama Perak.
Jaringan Hadi Fayyadh itu juga mendapat pujian daripada orang ramai apabila mereka berharap penyerang berketinggian 1.84 meter itu terus menjaringkan gol.
"Syukur Alhamdulillah, dapat juga Hadi Fayyad jaringkan gol pertama," kata Nazmi Vertonghen.
"Akhirnya, terhenti sudah kemarau gol dia," ujar Abdul Hafiz.
"Tahniah, Hadi Fayaddh selepas ini 'welcome to JDT'," ujar Shahnizam Omrah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram