"ANGEL Alfredo Vera."
Itulah individu yang akan berada di tepi padang pasukan Kelantan FC selepas pihak pengurusan mengumumkan pelantikan jurulatih kelahiran Argentina itu bagi menggantikan Frank Bernhardt pada Selasa.
Vera mempunyai pengalaman melatih beberapa kelab divisyen utama dan kedua Indonesia sejak 2013.
Kejayaan terbesar Vera ialah ketika memenangi kejohanan divisyen kedua Liga Indonesia bersama Persebaya Surabaya pada musim 2016/17.
Menurut kenyataan Kelantan FC dalam Facebook berkata, mereka mengharapkan pengalaman yang dimilik oleh Vera dapat melakukan sesuatu terhadap prestasi terumbang-ambing The Red Warriors (TRW).
Sejak 2013, Vera mengendalikan beberapa pasukan Liga Indonesia seperti Persipura Jayapura, Bhayangkara FC dan akhir sekali Persita Tangerang sebelum berhijrah ke Kelantan.
Rekod Vera sepanjang berada di Indonesia.
Salah seorang penyokong di Facebook mendedahkan, Vera amat mahir berbahasa Indonesia yang mana sekali gus memudahkan komunikasi di antara pemain dan barisan kejurulatihan.
"Ketua jurulatih baharu Kelantan FC Angel Alfredo Vera mempunyai pengalaman yang cukup luas di Indonesia.
"Dia yang fasih berbahasa Indonesia memudahkan lagi komunikasi dengan para pemain serta staf kejurulatihan yang lain
"Tidak datang berseorangan,ketua jurulatih Kelantan itu datang bersama Jurulatih Kecergasan yang turut fasih berbahasa Indonesia," katanya di Facebook.
Vera (kanan) bersama Norizam (kiri) pada Rabu. — Facebook/TRW
Ia sekali gus pihak pengurusan cuba memperbaiki salah satu masalah yang pernah timbul semasa Choi Moon-sik mengendalikan pasukan Kelantan awal musim ini.
Sebelum ini, pemilik kelab, Norizam Tukiman menyatakan salah satu punca prestasi pasukan merudum adalah disebabkan masalah komunikasi di antara barisan kejurulatihan dengan pemain-pemain Kelantan.
Namun begitu, penyokong TRW tampil tidak bersetuju dengan pelantikan Vera kerana rekod yang dibawanya tidaklah begitu baik semasa di Liga Indonesia.
"Banyak tukar kelab maknanya apa? Itu tandanya dia tak bagus,lagi nak bawa 'join',janji murah, hentam sahajalah," kata Wan Azmi.
"Masa dekat Indonesia pun tak ke mana, penat betul dengan drama TRW ini," ujar Kelantan FC.
"Rekod tak baik, kategori 'coach reject', apalah yang dia fikir," jelas Nabil Hazim.
"KPI kacau 'basic' gaji siapa yang nak main, moral pemain pun akan 'down', KPI itu bonus jika menang kalah ada permainan," luah Syahijar Ijar. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram