Letak tepi coach baharu TRW, Tok Gajah fokus kualiti tersendiri


  • Podium
  • Jumaat, 23 Jun 2023

Fandi Ahmad bersama barisan pemain Tok Gajah ketika meraikan kemenangan ke atas Skuad Jang pada 9 Jun lepas. — Facebook/SriPahangFC

MENJELANG aksi perlawanan ke-15 pusingan kedua Liga Super 2023, ketua jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad, mengambil pendekatan enggan pandang enteng terhadap pasukan Kelantan FC biarpun mereka berada di kedudukan tercorot liga yang akan berlangsung di Stadium Sultan Mohammad ke-IV, Kota Bharu, Kelantan pada Jumaat.

Ditambah pula Kelantan FC bakal mendapat sentuhan jurulatih baharu, Angel Alfredo Vera yang pasti akan menampilkan corak permainan berbeza berbanding jurulatih sebelum ini, Frank Bernhardt, lapor Stadium Astro.

WhatsApp Image 2023-06-23 at 10.04.32

Sekitar sesi latihan pemain Tok Gajah sebelum menghadapi Kelantan FC. — Facebook/SriPahangFC

Dalam perlawanan terakhir 9 Jun lalu, Sri Pahang mencipta kebangkitan luar biasa menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) dengan menjaringkan tiga gol dalam 10 minit terakhir untuk memperolehi kemenangan 4-3.

"Kami tetap berwaspada dengan kemampuan lawan. Sri Pahang memberikan tumpuan kepada kualiti kami tersendiri.

"Kami hanya mampu membuat persiapan dan meletakkan sasaran untuk mendapatkan tiga mata penuh," kata pengendali Tok Gajah itu.

Pendapat sama disuarakan pemain tengah Tok Gajah, David Rowley, yang percaya The Red Warriors (TRW) mempunyai gandingan pemain muda dan berpengalaman.

Namun Rowley yakin bahawa tonggak serangan Sri Pahang, Kpah Sherman, mampu menjadi duri dalam daging kepada barisan pertahanan kelantan.

"Saya tidak berasakan Kelantan hanya dibarisi pemain muda, mereka mempunyai pemain berpengalaman serta pemain import yang berkualiti, kami sentiasa berwaspada ancaman mereka," kata Rowley. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram