Peledak baharu Sang Badak sudah tiba pertajam jentera serangan


  • Podium
  • Rabu, 21 Jun 2023

Sesi latihan barisan pemain Sabah FC dalam menghadapi saingan Liga Super 2023. — Facebook/ Sabah Football Club

WALAUPUN sering menerima kritikan daripada penyokong setia Sang Badak mengenai corak permainan yang ditampilkan barisan pemain Sabah FC yang kurang memuaskan itu, namun ia tidak mematahkan semangat pasukan tersebut untuk terus memberikan saingan.

Dalam usaha membawa kejayaan Sabah FC dalam saingan Liga Super mahupun Piala AFC, pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee (DOKS) rupanya mempunyai rancangan sendiri apabila berjaya membawa masuk seorang lagi import ke negeri Bawah Bayu itu.

Perkara itu disahkan menerusi satu hantaran rasmi Facebook Sabah Football Club, pihak pengurusan Sabah FC berjaya membawa masuk pemain import yang baharu untuk membantu jentera serangan pasukan itu.

WhatsApp Image 2023-06-21 at 21.10.55

Penyerang baharu Sang Badak, Ramon Machado de Macedo. — Instagram/ ramon91

Pemain kelahiran Brazil, Ramon Machado de Macedo menjadi pilihan pasukan itu kerana mempunyai pengalaman yang luas dalam kancah bola sepak apabila pernah bermain di Liga Azerbaijan.

Pemain berusia 32 tahun itu memulakan karier sebagai pemain bola di Gremio dan memiliki kebolehan tersendiri yang bakal dijadikan sebagai senjata utama skuad Sang Badak.

Penyerang berketinggian 1.80 meter itu merekodkan 10 gol dan empat hantaran dengan 32 penampilan dalam saingan Liga Azerbaijan.

Kehadiran Ramon Machado dalam skuad The Rhinos bakal memberikan saingan dan tekanan kepada pihak lawan berikutan pengalaman dan kelebihan yang dimiliki oleh pemain tersebut.

The Rhinos berada pada kedudukan kelima dengan mengutip 24 mata dalam carta saingan Liga Super 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram