Shahril beri 'hint' kembali jaga gawang, kelab Pantai Timur dilihat destinasi sesuai


  • Podium
  • Khamis, 22 Jun 2023

Kali terakhir Shahril beraksi dalam Liga Super adalah ketika dia bersama KDA FC pada musim 2022. — Facebook/KDA FC

SELEPAS menabur bakti bersama Kedah Darul Aman (KDA) FC selama dua tahun, penjaga gol berpengalaman, Shahril Saa'ri akhirnya meninggalkan kelab Utara tanah air itu.

Perkara itu berikutan keputusan pihak pengurusan yang melakukan rombakan secara besar-besaran ketika tempoh perpindahan yang lalu.

Kehadirannya musim lalu menyaksikan benteng pertahanan Sang Kenari dilihat agak goyah memandangkan kapten kelab, Ifwat Akmal Che Kassim berdepan masalah kecederaan dan kecergasan.

Meskipun ia tidak memberikan perubahan ketara buat pasukan itu, ia sedikit sebanyak memberi bantuan buat KDA FC yang mengalami masalah pertahanan sepanjang musim.

Bagaimanapun, hala tuju berbeza yang dibuat pengurusan baharu menyaksikan khidmat Shahril tidak lagi ditagih dengan penjaga gol kebangsaan, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi kini menjadi pilihan utama.

Menurut informasi yang diperolehi, pemain berusia 33 tahun itu tidak terikat dengan mana-mana pasukan melihat kepada reputasi serta tahun-tahun perkhidmatannya.

WhatsApp Image 2023-06-22 at 14.32.40

Tangkap layar daripada Instagram peribadi Shahril Saari pada Khamis.

Perkara tersebut semestinya memberi impak terhadap kebolehannya di atas padang memandangkan penjaga gol berkenaan masih mempunyai potensi untuk beraksi dalam Liga Super untuk beberapa musim lagi.

Namun, baru-baru ini, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Shahril akan sekali lagi mewarnai arena bola sepak tempatan berdasarkan satu hantaran di laman Instagram peribadinya.

Untuk satu hantaran di InstaStory miliknya pada Khamis, pemain yang cukup terkenal dengan potongan rambut panjangnya itu menulis 'Come back?' serta meletakkan imej bola sepak.

Hal tersebut mengundang perhatian ramai memandangkan khidmat Shahril boleh digunakan untuk meningkatkan keampuhan benteng pertahanan.

Ini berikutan pengalamannya yang cukup luas dalam Liga Super apabila dia pernah mewakili beberapa pasukan, termasuk T-Team, Sarawak FA serta Terengganu FA.

Melihat kepada kelab-kelab tempatan, destinasi terbaik buat pemain berketinggian 1.78 meter itu ialah Kelantan FC dan Kelantan United.

Selain berdepan masalah dari segi ketandusan penjaga gol berkualiti, benteng pertahanan mereka juga terlalu mudah dibolosi dengan masing-masing memegang rekod pertahanan terburuk setakat separuh musim 2022. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram