SELANGOR FC kini menjadi perhatian seluruh penyokong bola sepak untuk menghentikan langkah Johor Darul Takzim (JDT) ke pentas akhir Piala FA 2023 apabila mereka dijadualkan bertemu di peringkat separuh akhir.
Selangor yang menewaskan Negeri Sembilan FC dengan keputusan 3-1 di halaman lawan berjaya bangkit meskipun ketinggalan sejurus wisel perlawanan dibunyikan.
Manakala JDT pula mudah mengatasi Penang FC apabila membenam pihak lawan dengan keputusan 5-0 sekali gus mencerahkan peluang untuk mengekalkan kejuaraan Piala FA.
Sebelum ini, Selangor pernah melayani kunjungan JDT di Stadium MBPJ, Petaling Jaya, Selangor pada 17 Mac namun skuad Harimau Selatan itu mudah menewaskan tuan rumah dengan keputusan 4-0.
Hein Htet Aung (kiri) ketika memberi tekanan kepada Juan Muniz (kanan). — Facebook
Pertemuan dua gergasi ini ternyata mendapat perhatian orang ramai terutamanya penyokong Selangor yang mahukan Tan Cheng Hoe menggunakan taktikal lain daripada biasa.
Rata-rata penyokong Selangor mahukan Cheng Hoe mula menerapkan taktikal skuad kebangsaan Itali yang suka bertahan dan melakukan serangan balas pada masa sama.
"Kena terapkan cara permainan Itali kalau nak menang lawan JDT nanti," kata Mka Md Johari.
"Itali punya taktikal ada kala mereka gemar bermain dengan corak bertahan dan sesekali buat serangan pantas untuk dapatkan gol," jelas Shahril Ahmad.
"Fitness kena tingkatkan lagi, taktikal full pressing kalau tak cukup fit memang habis," ujar Bab Zainab.
"Tan Cheng Hoe buat 'man to man marking' pun boleh, layan high pressing 90 minit, insya-ALLAH boleh lawan JDT," luah Zuar Zuar.
Selain JDT, Selangor, Terengganu dan Kuala Lumpur City FC juga antara pasukan yang akan berentap untuk mendapatkan slot final Piala FA 2023. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram