SKUAD Harimau Malaya (HM) mampu tersenyum lebar apabila merekodkan kemenangan pada aksi persahabatan dengan menundukkan Kepulauan Solomon 4-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak, Terengganu pada Rabu.
Walaupun tuan rumah dikejutkan dengan jaringan pendahuluan daripada pelawat menerusi Raphael Leai pada minit ke-11 akibat sedikit kecuaian daripada penjaga gol negara, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed yang terkeluar sedikit dari posisinya.
Namun, ia bukan penghujung permainan apabila skuad kebangsaan mula menampakkan taring menerusi jaringan pemain naturalisasi, Paulo Josue yang mencetak gol pada minit ke-40 dan turut disumbangkan oleh Arif Aiman, Safawai Rasid dan Lee Tuck.
Aksi menarik dalam perlawanan persahabatan antara Harimau Malaya dan Kepulauan Solomon. — Facebook/ FAM
Di sebalik kejayaan tersebut, ramai penyokong menyedari kehadiran pemain pertahanan tengah, Johor Darul Tazkim (JDT), Syamer Kutty dikatakan berhempas pulas mengucar-ngacirkan barisan pemain Kepulauan Solomon.
Meskipun baru sahaja pulih dari kecederaan, namun, Syamer tampil cemerlang dalam aksi persahabatan tersebut.
Bukan itu sahaja, ramai penyokong memuji ketenangan pemain berumur 25 tahun itu dalam melakukan pressing dan intercerption bagi menggerakkan jentera tengah HM berfungsi dengan baik.
"Mantap Mamba HM aka JDT, possesive player yang berani intercept bola dari kaki opponent, bervisi dalam padang untuk feeding bola pada upfronts. Terbaik Mamba, keep it up, minit pemainan doesn't matter," kata Hamidon Ismail.
"Kalau dia ni tak main semalam, memang putus terus dari defend ke forward. Semua midfield nak jadi striker sampai defender nak hantar bola pun tak ada midfield. Terpaksa long ball," kata Mamat Khalid.
"Dia punya control tengah sampai Kepulauan Solomon mati kutu nak gerakkan bola. Dia punya curi bola dengan control tengah itu memang smooth," kata Acan Shahril.
"Memang syadhu dan padu dia cover midfield, " kata Muhammad Suzaidie Sazali.
Walaupun dikatakan kurang minit permainan akibat kecederaan lutut yang dialami olehnya musim lepas, namun, ia bukan penghalang untuk pemain kelahiran Penang menampilkan aksi yang cukup memukau para penyokong Harimau Malaya.
Untuk perlawanan seterusnya, skuad kebangsaan bakal menentang pasukan Papua New Guinea di venue yang sama pada 20 Jun nanti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram