Dulu di pandang sipi, kini keeper buangan Kedah harapan skuad Warga Kota


  • Podium
  • Isnin, 08 Mei 2023

Azri (depan) kini mula menjadi penjaga gol utama KL City FC selepas dua musim bersama pasukan. — Facebook/KLCityFC

SEJAK dua musim lalu, tugas menjaga gawang Kuala Lumpur (KL) City FC digalas oleh Kevin Ray Mendoza.

Malah, penjaga gol kebangsaan Filipina itu juga merupakan tulang belakang pasukan kota itu ketika mereka mencipta sejarah menjuarai Piala Malaysia 2021 dengan menewaskan kelab gergasi tanah air, Johor Darul Takzim (JDT).

Di samping itu, pemain berusia 28 tahun itu turut menjadi tonggak utama yang membawa pasukan warga kota sehingga ke perlawanan akhir Piala AFC pada tahun lalu.

Namun begitu, memasuki musim baharu Liga Malaysia (M) 2022, pengendali KL City FC, Bojak Hodak dilihat mempunyai pilihan pemain baharu untuk menggalas tanggungjawab menjadi benterng terakhir skuadnya.

WhatsApp Image 2023-05-08 at 6.31.01 PM

Azri (kanan) kini mengambil alih kedudukan Kevin sebagai penjaga gol utama KL City FC setakat 11 perlawanan diharungi skuad warga kota pada musim ini. — Facebook/KLCityFC

Penjaga gol pilihan pengendali Croatia itu ialah Azri Ghani, pemain yang ditandatangani daripada Perak FC pada musim lalu.

Pada musim ini, Azri, 24, mendapat kepercayaan untuk menjadi penjaga gol kesebelasan utama KL City FC dalam tujuh daripada 11 perlawanan yang diharungi kelab tersebut.

Daripada kesemua penampilannya, dia yang memakai jersi bernombor 30 itu berjaya mempamerkan aksi menyakinkan dengan rekod tiga perlawanan tanpa bolos, menyamai catatatan tiga lagi penjaga gol utama pasukan lain yang berada di kelompok enam teratas liga.

Azri 3

Dalam tujuh penampilannya, Azri berjaya merekodkan tiga perlawanan tanpa bolos. — Facebook/KLCityFC

Hanya Syihan Azmi, iaitu penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT) dan Khairul Fahmi Che Mat (Sabah FC) yang memiliki rekod tanpa bolos lebih tinggi iaitu masing satu bolos.

Prestasi agak baik ditunjukkan Azri, itu ternyata menarik perhatian penyokong KDA FC, iaitu pasukan yang pernah diwakilinya selama semusim pada 2020.

Malah, terdapat juga penyokong skuad Sang Kenari berpendapat bahawa barisan jurulatih skuad Hijau Kuning itu gagal untuk mengeluarkan potensi yang ada pada diri penjaga gol berketinggian 1.77 meter itu.

Ketika bersama Kedah, Azri yang kini memasuki musim kedua bersama KL City hanya berjaya membuat sebanyak tiga penampilan ketika beraksi bersama KDA FC.

Azri2

Azri ketika beraksi bersama KDA FC. — KDAFC

"Azri Ghani memang power. Jadi keeper di KL, Kedah sahaja yang tak pandai guna dia. Masa itu balik-balik Ifwat (Akmal) dengan Shahril (Sa'ari) masa itu," ujar Mohd Huzaini Othman.

"Keeper harapan Kl City selain Kevin Ray Mendoza. KL City pandai guna Azri Ghani, masa dekat Kedah dulu mereka bukan reti guna," kata Afiz Nurshazaf Abdullah.

"Lepas dia diberi peluang, Kevin Mendoza tak main terus," tulis Mohd Azuwan Azuwan.

Pada musim ini, KDA FC membawa rekrut baharu bagi menggalas tanggungjawab untuk menjaga pintu golnya dengan menandatangani Kalamullah Al-Hafiz, 27, dari Negeri Sembilan FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram