PRESTASI pasukan Kedah Darul Aman (KDA FC) yang dilihat semakin menyerlah dan garang kerana memberikan tekanan kepada pihak lawan dalam saingan Liga Super 2023.
Namun begitu, ketika skuad Sang Kenari mula menunjukkan prestasi yang cemerlang, penyokong Hijau Kuning itu dikejutkan dengan berita bahawa penyerang kelahiran Brazil, Willian Lira mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab tersebut.
Perkara tersebut disahkan menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi kelab KDA FC mengenai keputusan yang dibuat oleh pemain tersebut.
Pemain berumur 29 tahun itu menabur bakti bersama KDA FC dengan mencatatkan lapan jaringan dan dua hantaran bantuan dalam 14 penampilan bersama pasukannya.
Penyerang muda, Igor Jesus. — Instagram/ igorjesus0
Bagaimanapun, menjelang jendela perpindahan Julai nanti, terdapat desas desus bahawa pihak pengurusan KDA FC bakal membawa masuk seorang lagi pemain import, Igor Jesus yang dikatakan sesuai untuk menggantikan posisi Willian Lira.
Penyerang kelahiran Brazil itu menunjukkan prestasi cemerlang ketika beraksi bersama pasukannya, Al Shabab dalam saingan Liga Pro Arab Saudi.
Walaupun masih muda namun penyerang berusia 22 tahun itu dilihat cukup sesuai untuk menggantikan posisi Willian Lira.
Tambahan pula, pengalamannya bermain di Liga Arab pastinya bakal memberikan satu suntikan kepada skuad Sang Kenari.
Pemain muda itu mencatatkan enam gol dan dua hantaran bantuan dalam 17 penampilan bersama pasukannya dalam saingan Liga 1 Arab.
Kehadirannya dikatakan bakal mematahkan serangan sekaligus menjadi pesaing kepada tonggak utama Johor Darul Takzim (JDT), Bergson Da Silva.
Oleh itu, penyokong mengharapkan agar pihak pengurusan mengambil pemain yang cukup berkualiti untuk beraksi bersama skuad Sang Kenari.
Skuad KDA FC menduduki tangga ketiga dengan mengutip 28 mata dalam saingan Liga Super 2023. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram