Tekankan pembangunan pemain muda, Malaysia wajar contohi kesebelasan utama seteru Nusantara


  • Podium
  • Selasa, 20 Jun 2023

Sesi latihan skuad kebangsaan untuk menghadapi pasukan Papua New Guinea. — Instagram/ harimaumalaya

PERLAWANAN antara pasukan Indonesia dan Argentina boleh dikatakan sengit apabila masing-masing menampilkan aksi yang cemerlang.

Dalam kesebelasan utama pasukan Indonesia, Ketua Jurulatih, Shin Tae-yong mengambil risiko dengan menurunkan beberapa pemain muda untuk membantu skuad tersebut.

Perkara itu dapat dilihat apabila kapten skuad Sang Garuda, Asnawi Mangkualam yang hanya baru berumur 23 tahun diberikan tanggungjawab untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

Kapten muda Sang Garuda itu menunjukkan prestasi cemerlang ketika menghadapi pasukan juara dunia tersebut.

Walaupun ditewaskan oleh pasukan Argentina namun corak permainan dan prestasi yang ditampilkan oleh skuad Sang Garuda sememangnya amat membanggakan.

WhatsApp Image 2023-06-20 at 09.03.43

Aksi menarik pemain Argentina dikawal ketat oleh barisan Sang Garuda. Instagram/ afaseleccion

Menerusi satu hantaran di laman sosial Twitter, Syafiq Freman berkongsikan beberapa persediaan rapi yang dilakukan pihak pengurusan Sang Garuda.

"Satu perancangan yang cukup rapi oleh dalam membentuk skuad untuk jangka masa panjang dan mereka tewas hanya 0-2 menentang juara dunia, Argentina.

"Walaupun Argentina turunkan skuad simpanan, namun pemain yang dipanggil hadir dari liga utama dunia seperti EPL dan lain-lain," katanya.

Untuk rekod, purata umur kesebelasan utama pemain Indonesia ketika menentang Argentina ialah 24.6 iaitu seramai tujuh orang pemain yang berumur 23 tahun ke bawah, pemain berumur 30 tahun (dua) dan pemain senior berumur 30 dan 31 tahun (dua).

Namun, berbeza dengan purata umur pemain Malaysia ialah 26.2 iaitu mempunyai empat orang pemain yang berumur lingkungan 30 hingga 34 tahun, pemain 23 tahun ke bawah (lapan) dan lingkungan 24 sehingga 29 (13 orang).

Walaupun berumur namun pemain-pemain tersebut mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam dunia bola sepak antaranya ialah Lee Tuck, Daniel Ting, Junior Eldstal dan Corbin Ong.

Sementara itu, pasukan Indonesia pula dibarisi oleh pemain berpengalaman seperti Jordi Amat, Fachruddin Aryanto, Marc Klok dan Stefano Lilipaly.

Bagaimanapun, walaupun berbeza umur namun ia bukan penghalang untuk menampilkan aksi menarik dalam dunia bola sepak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram