Tidak gentar kehilangan kapten, fans JDT percaya kualiti skuad mampu sekat Gergasi Merah


  • Podium
  • Selasa, 20 Jun 2023

Barisan pemain JDT bakal menentang Gergasi Merah dalam saingan Piala FA 2023. — Instagram/ officialjohor

PASTINYA perlawanan antara pasukan Indonesia dan Argentina menarik perhatian ramai kerana skuad pelawat menampilkan barisan yang cukup berkualiti iaitu menyenaraikan pemain juara dunia.

Namun, kualiti pemain Indonesia tidak boleh dipandang rendah kerana turut memiliki pemain yang berkualiti dan naturalisasi seperti Jordi Amat.

Seperti yang diketahui, Jordi membuktikan bahawa dia seorang pemain yang berkualiti kerana pernah bermain di Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kini beraksi bersama skuad Johor Darul Takzim (JDT) dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Dalam perlawanan persahabatan tersebut, kesungguhan Jordi tidak boleh dipertikaikan walaupun dibolosi sebanyak dua kali oleh pemain Argentina itu.

WhatsApp Image 2023-06-20 at 16.01.31

Jordi turut beraksi menentang pasukan Argentina. — Instagram/ jordiamat5

Bagaimanapun, perlawanan tersebut dapat menyaksikan bek tengah itu beraksi selama 90 minit yang dikhuatiri memberi kesan terhadap kecergasan memandangkan usianya yang mencecah 34 tahun.

Ini kerana, Harimau Selatan bakal menghadapi satu perlawanan yang besar kerana dijadualkan bertembung dengan Selangor FC yang dikatakan sebagai perlawanan sengit dalam saingan Piala FA 2023.

"Relax, bro Shane Lowry ada, Shahrul Saad ada, Feroz pun ada. Setakat 'siuuu' itu ayam saja," kata Syed Mohd Noor.

"Tidak ada masalah sebab JDT ada ramai pertahanan, lagipun nanti Selangor tak banyak menyerang pun," kata Samad Abu.

"Jordi tak ada pun masih ramai defence yang padu. Tak jadi masalah langsung," kata Wan Khalis A Rahman.

Pastinya ketiadaan kapten Harimau Selatan itu tidak memberikan kesan kepada barisan pemain yang sedia ada untuk tampil cemerlang dalam aksi tersebut.

Skuad Gergasi Merah bakal berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) untuk melengkapkan pusingan separuh akhir yang berlangsung pada 26 Jun depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram