Rakan sepasukan Cifu ke Selangor? Pro-kontra bintang Belgium sertai Gergasi Merah


  • Podium
  • Selasa, 20 Jun 2023

Maxime ketika beraksi bersama Malaga CF di Liga Sepanyol pada 2018. — Agensi

MULA ditubuhkan pada 2020 melalui proses penswastaan, Lion City Sailors (LCS) wujud menggantikan Home United yang menjuarai Liga Singapura sebanyak dua kali pada 1998 dan 2003.

Tanpa mengambil masa yang lama, LCS terus mendapat 'spotlight' penyokong bola sepak selepas menandatangani Diego Lopes yang bernilai lebih RM 10 juta pada 2021.

Diego hadir dengan reputasi besar sebagai salah seorang tonggak utama Rio Ave FC yang beraksi dalam Liga utama Portugal.

Musim berikutnya, The Sailors sekali lagi melakukan pelaburan besar dengan membawa bekas pemain muda kebangsaan Belgium, Maxime Lestienne berhijrah dari Standard Liege ke LCS.

Kehadiran Maxime dan Diego ternyata memberikan kejutan kepada penyokong-penyokong di sekitar Asia Tenggara kerana dua bintang itu mempunyai profil besar di Eropah.

Maxime (kiri) dan Diego (kanan) antara pemain termahal Liga Singapura musim ini. Agensi

Musim ini, Maxime membuktikan status sebagai pemain bintang apabila berjaya menjaringkan 14 gol dan 14 assist dalam 14 perlawanan liga.

Ini sekali gus menunjukkan perbezaan kualiti yang amat ketara antara Maxime dengan Liga Singapura yang mana rata-rata pemain masih di bawah par.

Di media sosial mula bertiup kencang Maxime merupakan calon salah seorang import yang akan dibawa pihak pengurusan Selangor menjelang jendela perpindahan kedua nanti.

Jika perkara ini berlaku, Majoriti senaraikan pro-kontra jika Selangor FC ingin membawa masuk Maxime menjelang jendela perpindahan kedua:

Maxime dinobatkan sebagai pemain terbaik bulanan Liga Singapura. Facebook/LCS

Pro

1. Pengalaman

Memang tidak boleh dinafikan lagi pengalaman Maxime sebagai pemain bola sepak amatlah berharga.

Maxime mula kariernya bola sepaknya bersama Excelsior Mouscron sebelum disambar oleh bekas pasukan Dion Cools, Club Brugge pada 2010.

Pemain sayap kiri ini kemudiannya mencuba nasib beraksi di Asia dengan menyertai Al-Arabi SC di Qatar sebelum kembali ke Asia dengan menyertai Genoa CFC (Itali), PSV Eindhoven (Belanda) dan Rubin Kazan (Rusia).

Pada 2018, Maxime beraksi bersama import baharu Sabah, Miguel Cifuentes di Liga Sepanyol bersama Malaga sebelum membuat keputusan pulang beraksi di negara kelahiran, Belgium dengan menyertai Standard Liege.

Empat tahun kemudian, Maxime melakukan kejutan apabila berhijrah ke Singapura dengan menyertai LCS sekali gus membantu pasukan itu layak ke Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini.

2. Perkuat jentera serangan

Apa lagi yang nak dibuktikan oleh Maxime musim ini selepas sedang mendahului carta penjaring terbanyak Liga Super dengan 14 gol.

Selain bermain sebagai sayap kiri, pemain berusia 31 tahun ini mampu beraksi di posisi penyerang serta sayap kanan.

Bersama LCS sejak 2022, Maxime sudah pun menjaringkan 30 gol dalam kesemua kejohanan antarabangsa dan domestik yang disertai The Sailors.

Meskipun sudah mempunyai Faisal Halim, Ayron del Valle di bahagian serangan, rekod menunjukkan Maxime sudah melakukan 74 gol dan 89 assists ketika bermain di posisi sayap kiri.

Manakala di posisi lain, Maxime menjaringan 17 gol serta melakukan 13 assist ketika beraksi di luar dari keselesaannya.

Kontra

1. Gaji

Kos untuk merekrut bintang Belgium ini semestinya makan modal yang besar buat LCS.

Maxime yang dianggarkan bernilai lebih RM5 juta pastinya sedang diintai beberapa pasukan dalam Liga M ataupun luar negara.

Meskipun The Sailors enggan mendedahkan jumlah gaji Maxime tetapi laporan media Belgium mengatakan bahawa gaji pemain berusia 31 itu dianggarkan lebih RM4 juta setahun.

Menjadi persoalan adakah dengan gaji tinggi yang diberikan oleh kelab Liga M mampukah Maxime meneruskan rentak kecemerlangannya di LCS.

Jika Selangor berhasrat untuk membawa masuk Maxime ia satu perkembangan yang baik, namun Gergasi Merah harus mengeluarkan bajet yang lebih besar.

2. Import Liga Singapura 'scam'

Perak FC dan Sabah FC pernah menjadi mangsa kegagalan bekas import Liga Singapura tidak beraksi baik dalam Liga Malaysia.

Dua pemain tersebut ialah Jonathan Behe dan Stipe Plazibat yang pernah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Liga Singapura sebelum berhijrah ke Liga Super.

Namun sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam kancah Liga M, dua pemain itu gagal meneruskan rentak kecemerlangan mereka.

Perkara sebegini boleh terjadi kepada Maxime jika dia beranggapan Liga Malaysia setaraf dengan Liga Singapura.

Ini akan menjadi tambah nilai buat Selangor jika mereka membawa Maxime namun bakal membawa padah jika pemain kelahiran Belgium itu tidak boleh meneruskan aksi konsistennya bersama LCS. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram