Gandingan 3 bintang import Gergasi Merah serlahkan ketajaman Orozco


  • Podium
  • Isnin, 19 Jun 2023

Orozco menjaringkan tiga gol dan melakukan lima assist dalam kesemua kejohanan domestik Liga Malaysia. — Selangor FC

YOHANDRY Orozco, salah seorang pemain import yang kini menjadi dambaan penyokong Selangor sedang membina momentum terbaik bersama rakan sepasukan untuk berjuang dalam kancah liga bola sepak Malaysia.

Pemain tengah kelahiran Venezuela itu menjaringkan gol pertamanya bersama Selangor ketika menentang Negeri Sembilan di peringkat suku akhir Piala FA 2023 sekali gus menjamin kemaraan pasukan ke separuh akhir.

Musim ini Orozco menjaringkan tiga gol dan melakukan lima assist dalam kesemua kejohanan domestik Liga Malaysia.

Orozco berkata, dia mahu mencapai kejayaan bersama rakan sepasukan di Selangor FC selangkah demi selangkah.

"Matlamat saya bersama skuad Gergasi Merah adalah untuk mencapai segala-galanya bersama, kami menyasarkan untuk memenangi perlawanan demi perlawanan langkah demi langkah.

"Bagi saya, keharmonian pasukan kini lebih baik berbanding awal musim. Para pemain akan terus bekerja keras untuk menjadi kuat bersama sepanjang kejohanan," katanya kepada Selangor FC.

Dalam pada itu, rata-rata penyokong memuji persembahan Orozco bersama gandingan tiga import lain yang memainkan peranan besar kecemerlangan prestasi anak-anak buah Tan Cheng Hoe.

"Orozco ini serba boleh, buat assist dan penyerang. Jaringan padunya itu buat pihak lawan mula gerun dengan Ayron del Valle pun semakin berbisa.

"Jika Cheng Hoe gabungkan Rauf Salifu dengan mereka berdua ini di tambah bantuan dari Noor Al-Rawadbeh pasti kita boleh kalahkan JDT," kata Raithkab Namhar.

"Semakin mendapat rentak permainan bersama rakan sepasukan lain, rembatan jauh dia memang baik," jelas Zuraini Safian Suri.

"Harap lawan JDT nanti dia dapat membantu macam game sebelum ini, hantaran kemas tak dapat gol tapi bantu untuk bertahan pun dah okey," ujar Muhammad Zaid. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram