Bekas atlet renang Olimpik kebangsaan cedera dihentak bekas kekasih 'psiko' di PJ


  • Podium
  • Ahad, 18 Jun 2023

Mangsa mengalami pendarahan di kepala selepas dipercayai diserang oleh bekas kekasihnya. — New Straits Times

SEORANG bekas atlet Olimpik mengalami pendarahan di kepala selepas dipercayai diserang oleh bekas kekasihnya pada Sabtu.

Menurut laporan New Straits Times (NST), bekas atlet renang berusia 43 tahun itu berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 10 malam yang mana dia baru meletakkan kenderaannya dalam kawasan blok kondominium yang didiaminya di Petaling Jaya, Selangor.

Semasa meninggalkan kenderaannya mangsa menyedari bahawa dia tertinggal kunci rumah di dalam kereta dan patah balik untuk mengambilnya.

Mangsa kemudian melihat bekas teman wanitanya itu berdiri di tepi keretanya.

“Dia menyalahkan saya kerana menyebabkan dia gila. Dia tiba-tiba memukul kepala saya menggunakan batang besi panjang.

"Saya menolaknya untuk mempertahankan diri. Dia cuba memukul saya sekali lagi, tetapi saya berjaya merampas senjata dan melarikan diri," katanya dalam laporan polis seperti dilaporkan portal berbahasa Inggeris itu.

Bekas Olimpik yang kini berkhidmat sebagai jurulatih renang berkata, dia meminta bantuan pengawal keselamatan di kondominium itu manakala suspek beredar tidak lama kemudian.

Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepalanya dan menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Damansara. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram