Penyokong Selangor idam pemain amatur Kepulauan Solomon ganti 2 bintang Gergasi Merah


  • Podium
  • Jumaat, 16 Jun 2023

Kesebelasan utama Kepulauan Solomon ketika menentang Malaysia pada Rabu. — Facebook/FAM

SKUAD kebangsaan terus mempamerkan aksi positif selepas berjaya menundukkan Kepulauan Solomon dalam aksi persahabatan Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu dengan keputusan 4-1 pada Rabu.

Skuad negara ketinggalan pada awal permainan apabila Kepulauan Solomon menjaringkan gol menerusi Raphael Leai.

Kehebatan penyerang pasukan lawan Raphael Leai yang meledakkan gol seawal minit ke-11 semestinya menjadi tamparan buat penjaga gol skuad kebangsaan, Syihan Hazmi.

Sehubungan itu, pemain Solomon berusia 19 tahun itu menjadi bualan penyokong Selangor memandangkan dia mempunyai deria penyudah yang baik di hadapan pintu gawang bagi menggantikan Rauf Salifu.

Selain Leai, penjaga gol Kepulauan Solomon, Philip Mango mendapat pujian tidak henti-henti daripada penyokong tanah air selepas menampilkan persembahan cemerlang menentang Harimau Malaya.

Kehebatan Mango menjaga gawang gol Kepulauan Solomon turut mendapat perhatian penyokong Selangor untuk menggantikan Khairul Azhan Khalid.

352020296_963300504743186_1383676696008839553_n

Raphael Leai (kanan) ketika cuba mengasak Corbin Ong (kiri) semasa dalam perlawanan persabahatan pada Rabu. Facebook/FAM

Rata-rata penyokong Selangor mahukan pihak pengurusan membawa dua bintang Kepulauan Solomon ke kem Gergasi Merah bagi menggantikan Khairul Azhan dan Rauf Salifu.

"Adakah penyerang Kepulauan Solomon berjersi nombor 10 dalam perhatian Selangor FC bagi menggantikan penyerang import Rauf Salifu," kata Jamal Nasir.

"Philip Mango ini macam layak ganti Khairul Azhan," ujar Arul Sam.

"Philip Mango masuk Selangor saya setuju 100 peratus. Jom kita nyatakan hasrat penyokong untuk melihat kelibat Mango sebagai penjaga gol nombor satu Selangor," jelas Ahmad Zaidan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram