Masih 'MOTM' Harimau Malaya, 3 sebab Syamer Kutty jadi DMF terbaik walaupun jarang bermain


  • Podium
  • Sabtu, 17 Jun 2023

Syamer Kutty antara pemain yang menjadi nadi utama skuad kebangsaan sejak era Tan Cheng Hoe.

PERSEMBAHAN skuad kebangsaan ketika menentang Kepulauan Solomon nyata mendapat reaksi positif penyokong bola sepak tanah air apabila menewaskan pasukan ranking yang lebih tinggi iaitu 134 dunia dengan keputusan 4-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu pada Rabu.

Skuad negara ketinggalan pada awal permainan apabila Kepulauan Solomon menjaringkan gol menerusi Raphael Leai.

Namun Harimau Malaya kembali menemui rentak dengan jaringan Paulo Josue, Arif Aiman Hanapi, Muhammad Safawi Rasid dan Lee Andrew Tuck sekali gus meneruskan rentak kemenangan skuad kebangsaan pada 2023.

Disebalik kemenangan skuad kendalian Kim Pan-gon itu, rata-rata penyokong memuji aksi yang dipamerkan Syamer Kutty Abba sekali gus menjadi 'Man of the Match' penyokong Harimau Malaya.

Syamer musim ini masih bersama JDT. Facebook/JDT

Syamer yang mula beraksi semula bersama Harimau Malaya kembali meraih tempatnya di dalam skuad kebangsaan selepas baru pulih daripada kecederaan lutut yang menyebabkan dia tidak beraksi lama.

Meskipun begitu, Syamer kembali seperti permainannya yang dulu menjaga kawasan tengah skuad kebangsaan dengan walaupun tidak mendapat minit permainan yang cukup bersama Johor Darul Takzim (JDT).

Menerusi perkongsian laman Facebook Malaysia National Football Team, dia berkongsi tiga sebab utama kenapa Syamer Kutty Abba sebagai 'Man of the Match' meskipun jarang bermain bersama JDT.

Kesebelasan utama Harimau Malaya ketika menentang Kepulauan Solomon. Facebook/FAM

1. Syamer pemain penting skuad kebangsaan

Syamer komponen tengah penting skuad negara. Ibarat tanpa Syamer yang berperanan sebagai 'playmaker', skuad kebangsaan susah untuk mengawal kawasan tengah.

Ia dibuktikan apabila skuad kebangsaan mengawal hampir 100 peratus permainan ketika bertemu Kepulauan Solomon sehingga berjaya menghasilkan empat gol.

Syamer Portugal

Syamer pernah mewakili Vilaverdense FC di Liga Portugal. Agensi

2. Meneutralkan serangan dan pertahankan

Bertindak meneutralkan bahagian serangan dan pertahanan Harimau Malaya.

Kehadiran Syamer memudahkan pertahanan mudah melakukan serangan dan pertahanan supaya terus lancar.

Ketika dia era Tan Cheng Hoe, taktikal ini sudah berlaku jika ketiadaan Syamer corak permainan Malaysia menjadi lain.

Syamer antara pemain tengah yang mempunyai stamina yang tinggi.

3. Stamina

Stamina merupakan satu komponen penting dalam sukan untuk anda terus bersaing sehingga tamat permainan atau sebarang acara.

Kebanyakan pemain tengah bertahan (DMF) tiada stamina yang kuat untuk membantu pertahanan dan serangan skuad kebangsaan.

Syamer salah seorang DMF yang mempunyai stamina yang kuat dan susah untuk penat atau istilah lain 'pancit'.

Azam Azih merupakan salah seorang pemain yang menjadi bidan terjun jadi DMF, walaupun baik mengawal bola namun stamina menjadi isu utama pemain Sri Pahang itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram