'Sebab itu saya rindu Malaysia', imbauan 9 tahun lalu hero Terengganu berhasrat kembali ke kancah Liga M


  • Podium
  • Ahad, 18 Jun 2023

Almeida meraikan kemenangan bersama pemain-pemain Melaka United. — Facebook

EDUARDO Almeida mungkin penyokong lebih mengenalinya sebagai bekas pengendali Melaka United kerana berjaya menyelamatkan skuad Sang Kancil dari terjerumus ke Liga Perdana pada 2017.

Musim ini, jurulatih kelahiran Portugal itu baru sahaja menyertai kelab Indonesia, RANS Nusantara FC selepas meninggalkan Arema FC pada 2022.

Namun adakah anda tahu sembilan tahun lalu, Almeida pernah melakukan perkara sama ketika di Melaka United dengan menyelamatkan maruah T-Team daripada terkeluar dari saingan Liga Super 2013.

Almeida terdahulu menyertai T-Team sebagai ketua jurulatih dan pengarah teknikal Akademi Bola Sepak Young Titans sebelum mengendalikan pasukan berkenaan.

Disebabkan cabaran itu, Almeida mula jatuh cinta dengan saingan serta budaya bola sepak Malaysia yang mana ketika itu dia menyatakan hasrat untuk kembali ke negara ini sebelum Melaka United menyuntingnya sebagai ketua jurulatih pasukan pada 2017.

"Yang terbaik adalah apabila saya dibenarkan menyelamatkan T-Team daripada tergelincir ke Liga Perdana dengan baki lima perlawanan dalam Liga Super dan kami berjaya mengelakkan daripada tersingkir.

"Walaupun ketika saya meninggalkan pasukan ke Hungary tidak lama kemudian, Titans tidak pernah jauh dari hati saya dan saya berasa sedih melihat mereka sekali lagi terlibat dalam perjuangan untuk bertahan dalam Liga Super,” katanya.

Almeida Melaka

Almeida ketika membimbing pasukan Melaka United pada 2017. Stadium Astro

Selepas tidak disambung kontrak bersama T-Team, Almeida pulang ke Portugal sambil menunggu tawaran daripada pasukan Liga M ketika itu.

Almeida mengakui dia serius mempertimbangkan tawaran kerja kejurulatihan daripada mana-mana pasukan dalam Liga M.

“Bola sepak Malaysia kini menjadi sebahagian daripada saya dan di mana pun saya berada, hari saya tidak akan lengkap tanpa saya melihat apa yang berlaku dalam Liga Super dan Perdana.

“Tetapi itu adalah bola sepak untuk anda dan itulah sebabnya saya rindu untuk kembali ke Malaysia," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram