Sembilan tahun lalu, peledak import jadi senjata rahsia Sathia bertemu JDT


  • Podium
  • Sabtu, 17 Jun 2023

Sathia mempunyai pengalaman cukup luas dalam membimbing pasukan-pasukan tanah air.

PENGUASAAN Johor Darul Takzim (JDT) di peringkat domestik hari ini sememangnya sukar untuk dicabar mana-mana pasukan bola sepak tanah air.

Namun, mereka pastinya tidak boleh berada di tahap sebegini sekiranya gagal menunjukkan kesabaran ketika tahun-tahun awal perkembangan pasukan.

Pasukan yang diambil alih Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim pada 2012 itu pernah berdepan segala jenis cabaran.

Usaha tersebut diteruskan sehingga beberapa tahun kemudian yang semestinya menjadi satu dugaan buat pihak pengurusan sehingga ada yang mendesak agar mereka tidak lagi mengemudi kelab Selatan tanah air itu.

Antara pasukan yang seri menjadi duri dalam daging buat JDT ialah ATM FA memandangkan kelab kerdil itu pernah memiliki sebuah skuad cukup mantap.

Hairuddin Omar, Bruno Martelloto dan Aidil Zafuan Abd Razak merupakan antara nama yang pernah menyarung jersi kelab tersebut dengan masing-masing mempunyai sejarah tersendiri sehingga hari ini.

Namun, apa yang lebih diingati rata-rata penyokong bola sepak tanah air adalah mengenai kehadiran ketua jurulatih, B Sathianathan dengan kebolehannya untuk menyuntik semangat buat pasukan itu.

10441368_316897061806933_5498402706245470445_n

Suasana sebelum aksi sepak mula antara JDT dan ATM FA pada 2014. Facebook/JOHOR Southern Tigers

Ini termasuk kesungguhannya untuk menghentikan dominasi JDT dalam Liga Super dengan kemuncak pertembungan antara mereka berlaku pada 2014.

Meskipun ATM FA ketika itu berada di zon penyingkiran, kualiti skuad The Forces sememangnya sukar disangkal melihat kepada barisan pemain.

Bagaimanapun, bagi Sathianathan, tugas ketika itu lebih disesuai dipikul penyerang import kelahiran Argentina, Juan Arostegui berdasarkan ketajamannya di hadapan pintu gol lawan.

"Tiada keraguan bahawa saya akan mengharapkan kebolehannya (Arostegui) di hadapan gawang lawan walaupun JDT ketika ini berada dalam prestasi cukup baik untuk mencabar takhta Liga Super.

"Kami mungkin merupakan sebuah pasukan dengan kekuatan yang terhad, namun kebolehan Hairuddin sebagai kapten, Bruno dan Arostegui membolehkan kami berjuang sehingga penghujung musim," katanya.

WhatsApp Image 2023-06-17 at 17.44.52

Arostegui (kiri) ketika bersama skuad The Forces.

Kata-kata itu diungkap pengendali berpengalaman tersebut beberapa hari selepas mencatatkan kejutan ke atas pendahulu liga, Selangor FA dengan keputusan 2-0.

Pertembungan tersebut akhirnya berpihak kepada ATM FA dengan jaringan daripada Bruno dan Affize Faisal Mamat memastikan JDT pulang dengan tangan kosong.

Kemenangan itu juga membantu skuad The Forces untuk kekal di divisyen teratas bola sepak untuk semusim lagi, namun mereka akhirnya tersingkir pada 2015.

Kini, ATM FA hanyalah sebuah memori manis buat penyokong bola sepak tempatan dengan mereka kini hanya beraksi secara amatur di Liga M3. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram