KHABAR duka buat seluruh keluarga Kedah Darul Aman FC (KDA FC) selepas Ketua Jurulatih KDA FC B, Rosle Md Derus mengalami kemalangan pada Ahad.
Rosle mengalami kemalangan selepas pulang dari latihan dan kecederaan yang dialami memerlukan proses pembedahan kecil.
Kemalangan tersebut menyebabkan kakinya terpaksa menerima rawatan lanjut dan pihak pasukan perubatan memaklumkan semuanya berjalan lancar.
Menerusi laman rasmi Facebook KDA FC, pihak pengurusan mendoakan agar Rosle cepat sembuh dan kembali meneruskan tugas bersama barisan kejurulatihan KDA FC B.
Rekod Rosle bersama KDA FC B ketika ini. — Facebook/KDA FC B
Sebelum ini, Rosle pernah rebah di padang latihan ketika memulakan tugas selaku penolong ketua jurulatih Kuala Lumpur City pada 2021.
Bekas pemain skuad Piala Dunia Remaja 1997 dan Sukan Olimpik 2000 itu rebah ketika sesi latihan akibat serangan jantung pada hari pertamanya memulakan tugas selaku penolong ketua jurulatih bagi menggantikan Nidzam Adzha Yusoff yang dinaik taraf sebagai pengarah teknikal KL City.
Rosle tidak pernah mempunyai masalah kesihatan sebelum doktor mengesahkan dia koma akibat tiga lubang jantungnya tersumbat.
Ebenezer Assifuah kini merupakan penjaring terbanyak Piala MFL dengan 10 gol setakat ini. — Facebook/KDA FC B
Musim ini dalam Piala MFL, Rosle melakukan tugas dengan sangat baik sebagai pengendali pasukan KDA FC B apabila mencatatkan tujuh kemenangan dalam sembilan perlawanan.
KDA FC B kini menduduki tangga kedua dalam Piala MFL Kumpulan A dengan pungutan 21 mata dibelakang pendahulu Terengganu FC II.
Rosle juga berjaya mengembalikan prestasi terbaik pemain import, Ebenezer Assifuah yang mana dia kini merupakan penjaring terbanyak Piala MFL dengan 10 gol setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram