Gandingan duo tonggak utama Skuad Jang beri alternatif buat Kim Pang-gon


  • Podium
  • Sabtu, 17 Jun 2023

Sekitar aksi sesi latihan skuad kebangsaan untuk persediaan perlawanan seterusnya. — Facebook/ FAM

WALAUPUN skuad Harimau Malaya (HM) berjaya menundukkan Kepulauan Solomon dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu pada Rabu lalu namun masih ada ruang yang boleh diperbaiki untuk mencari ramuan terbaik memantapkan skuad kebangsaan,

Dalam perlawanan itu, skuad di bawah kendalian Kim pan-gon dikejutkan pada awal perlawanan pelawat membuka tirai jaringan menerusi Raphael Leai pada minit ke-11.

Namun, anak-anak buah pengendali dari Korea Selatan itu menampilkan aksi kebangkitan apabila empat pemain iaitu Paulo Josue, Arif Aiman, Safawi Rasid dan Lee Tuck menyumbang gol untuk memberi kemenangan kepada skuad kebangsaan.

WhatsApp Image 2023-06-17 at 18.25.19 (1)

Eky pastinya memberikan kejutan buat pasukan kebangsaan.Facebook/ FAM

Keserasian yang dijalinkan oleh barisan pemain Harimau Malaya nampaknya memberikan impak positif walaupun datang dari kelab dan pengurusan yang berbeza.

Ini kerana, pastinya amat sukar apabila pemain yang berasal dari kelab berbeza untuk mendapatkan keserasian dalam jangka masa yang pendek.

Namun, menjelang perlawanan seterusnya, terdapat desas desus mengenai Ketua Jurulatih, Pan-gon bakal mempertaruhkan dua tonggak utama skuad Negeri Sembilan FC (NSFC) iaitu penyerang Shahrel Fikri Fauzi dan penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.

Gandingan duo tonggak utama Skuad Jang pastinya akan memberikan kelebihan kerana kedua pemain itu bersama-sama beraksi dalam skuad yang sama.

Penyerang yang juga mesra disapa sebagai 'Eky' gembira kerana sebelum ini, dia berharap agar diberi peluang beraksi semula bersama skuad kebangsaan.

Untuk rekod, pemain berketinggian 1.80 meter itu merekodkan lima gol dan satu hantaran bantuan dalam 11 penampilan bersama NSFC musim ini.

WhatsApp Image 2023-06-17 at 18.23.47

Penjaga gawang NSFC, Sikh Izhan (tengah) pasti memberikan tekanan kepada pelawat.Facebook/ FAM

Selain itu, Sikh Izhan yang juga pemain pinjaman daripada Selangor FC dikhabarkan bakal beraksi bersama rakan sepasukannya dan menjadikan ia sebagai satu kelebihan untuk mengawal gawang dengan baik.

Selain itu, produk Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu pastinya mampu memberikan saingan yang baik dengan tidak memberikan peluang kepada pelawat untuk mencetak gol.

Sikh Izhan dikatakan sesuai untuk menggantikan penjaga gol, Syihan Hazmi kerana melakukan kesilapan pada awal permainan ketika menentang Kepulauan Solomon dan menjadi topik hangat dalam kalangan penyokong bola sepak kerana merupakan antara yang terbaik di Liga Super.

Skuad kebangsaan bakal bertemu Papua New Guinea pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di venue yang sama pada Selasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Artikel Berkaitan: