KELANTAN FC memulakan saingan Liga Super 2023 dalam keadaan terumbang-ambing seperti kapal dipukul ombak berikutan masalah dalaman yang dihadapi oleh kelab tersebut.
Seperti yang diketahui, satu persatu pemain The Red Warrios (TRW) berani mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab tersebut sebelum liga berakhir.
Mereka antaranya ialah Cristian Rontini, Shafiq Shaharudin dan bekas pemain Johor Darul Takzim (JDT), Carli De Murga yang meninggalkan pasukan TRW pada April lalu.
Namun begitu, di sebalik pemergian bekas-bekas pemain Kelantan FC, TRW bakal menerima lagi tonik baharu untuk mempertajamkan lagi jentera serangan pada jendela perpindahan Julai nanti.
Status pemilik TRW, Norizam Tukiman pada Isnin. — Facebook
Kepulangan pemain muda berusia 23 tahun, Natanael Siringoringo atau Ringgo yang memberikan khidmat di liga 1 Indonesia nampaknya bakal memberikan sentuhan baharu kepada Kelantan FC untuk terus menampilkan aksi cemerlang dalam pusingan kedua liga.
Rata-rata penyokong TRW memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepada pemain muda tersebut yang pastinya mempunyai kelebihan beraksi fulltime atas padang.
"Manusia tak pernah lari dari silap, terbaiklah Ringgo baru saja nikah sudah join team," kata Azman Alias.
"Pihak pengurusan perlu jaga dia elok-elok, dia main bagus, sepatutnya bermain dari awal musim lagi," kata Ann Rml.
"Hebat dia ni, main liga memang kaki gol, best tengok dia main bola sepak, badan kecil tapi lari laju," Farhan Rasid.
Pemain muda berbakat, Natanael Siringoringo. — Instagram/ natanael_ringo
Pemain sayap itu mencatatkan dua gol dan satu hantaran bantuan dalam 27 penampilan ketika saingan Liga 1 berlangsung.
Terdahulu, pemain berketinggian 1.68 meter itu pulang ke negara kelahirannya dan menyertai pasukan Dewa United untuk saingan di Liga 1 Indonesia.
Oleh itu, kemasukan semula pemain kelahiran Indonesia itu ke pangkuan TRW dijangka dapat melonjak kedudukan pasukan itu dalam kelompok pertengahan Liga Super.
Kelantan FC menghuni tangga terakhir dalam carta Liga Super dengan hanya mengutip empat mata sepanjang 14 perlawanan berlangsung. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram