PASUKAN Sabah FC memulakan saingan Liga Super 2023 dengan yang cukup cemerlang namun momentum manis tersebut tidak bertahan lama.
Ini kerana, corak permainan dan taktikal yang diterapkan oleh pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee (DOKS) mudah dibaca oleh pihak lawan, sehingga akhirnya mengalami siri kekalahan demi kekalahan.
Dalam lima perlawanan terakhir, Sabah FC hanya mencatatkan satu seri, satu menang dan tiga kekalahan berturut-turut termasuk kepada PDRM FC yang dianggap sebagai skuad underdog.
Taiki yang pernah berkhidmat bersama Sabah FC. — Instagram/ taiki_kagayama
Rentetan prestasi yang kian merudum itu, ramai penyokong mulai mengingati kembali khidmat bekas pemain sayap kiri Sang Badak, Taiki Kagayama yang pernah membantu kelab Borneo itu menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga pada 2022.
Oleh itu, menerusi satu komen di ruangan Facebook, penyokong setia Sabah FC, John Sinun turut memberikan pendapatnya mengenai pemain tersebut.
"Khidmat player Taiki Kagayama pasti diingati, jarang injured," katanya.
Pendapat itu turut disokong oleh beberapa penyokong setia The Rhinos dengan mengatakan kelebihan yang dimiliki oleh pemain kelahiran Jepun itu ketika beraksi bersama Sabah FC musim lalu.
"Taiki rajin, lasak, lagi bersemangat. Itulah semangat orang Jepun, tidak mudah luntur seperti produknya tahan lama sukar dibadingkan. Berkualiti tetap kualiti, original," kata Lantiang Kalang.
"Taiki ada aura menyerang, rajin dan tidak suka bertahan cuma rakan pasukan kurang support, memang Taiki jauh lebih bagus daripada yang ada sekarang," kata Jakius Disto.
"Taiki antara yang pernah score time lawan JDT di SSI, siap angkat isyarat tangan kasih semangat team dia lagi, itulah sikap pemain Jepun, sangat rajin mereka mahu pemain Asia menonjol di mata dunia, semangat Asia for Asians," kata Krule Annaz.
"Mentaliti Jepun memang world class. Walaupun tidak score tapi aura positif dia bawa pengaruh besar sama team," kata Tommy Jaestar.
Pemain berketinggian 1.68 meter itu pernah mencatatkan lima gol dan tiga hantaran bantuan dalam 30 penampilan sepanjang beraksi bersama Sabah FC untuk saingan musim lepas.
Pemain kelahiran Jepun itu kini bermain bersama kelab Samgurali dalam Liga Crytsalbet Erovnuli yang merupakan divisyen teratas di Georgia.
Untuk rekod, Sabah FC kekal mengungguli lima pasukan teratas carta Liga Super 2023 dengan mengutip 24 mata daripada 14 perlawanan.
Sabah FC dijadualkan bertemu Kelantan United bagi aksi seterusnya pada 26 Jun ini di tempat lawan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram