PSSI ingatkan penyokong Sang Garuda, Indonesia lawan Argentina bukan Messi All Star


  • Podium
  • Jumaat, 16 Jun 2023

Erick Thohir. — PSSI

PRESIDEN Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir menjawab persoalan orang ramai yang mahu duit tiket dikembalikan berikutan Lionel Messi tidak bersama skuad kebangsaan Argentina dalam perlawanan persahabatan menentang Indonesia.

Erick menegaskan Sang Garuda menentang pasukan kebangsaan Argentina dan bukannya Lionel Messi All Star.

Erick menegaskan perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta itu bukanlah semata-mata hiburan tetapi ia merupakan sesuatu yang penting skuad kebangsaan untuk memperoleh poin FIFA.

"Saya sudah kata dari awal ini ialah perlawanan pasukan kebangsaan Indonesia dan Argentina, jika skuad kebangsaan Indonesia dan Messi itu bermaksud perlawanan antara Indonesia dan Messi All Stars jelas sekali berbeza," katanya.

Daripada menumpukan perhatian kepada isu tentang Messi, Erick lebih mementingkan prestasi pasukan Indonesia menentang Argentina nanti.

"Kami sudah bersedia dari segi mental, kerana kita tidak mempunyai pemain yang bagus seperti Argentina.

"Kalau boleh, FIFA match day macam ini saya sudah janjikan untuk menaikkan ranking serta peningkatan mental dan juga untuk ubah persepsi bola sepak dunia bahawa Indonesia sudah bangkit dari tidur," ujarnya.

Sebelum ini, Indonesia berjaya mengikat Palestin dengan keputusan 0-0 walaupun pasukan pelawat mempunyai ranking yang lebih tinggi iaitu 93 dunia berbanding Sang Garuda (149 dunia). — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram