Pertahanan Sabah FC mula goyah? Fans Sang Badak mula rindu kelibat bintang import ganti Irfan Zakaria


  • Podium
  • Isnin, 12 Jun 2023

Irfan (kanan) mengasak pemain JDT, Juan Muniz dalam perlawanan Liga Super pada 31 Mac di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. — Bernama

SABAH FC menjadi antara pasukan pilihan untuk menjuarai Liga Super 2023 berikutan prestasi yang menakjubkan ditunjukkan oleh anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee musim lalu.

Musim ini Sabah FC menandatangani sebanyak lima pemain import baharu serta mengekalkan Park Tae-soo dan Saddil Ramdani bagi mengharungi saingan liga.

Namun kini Sabah sedang mengalami kemerosotan selepas tewas dalam tiga perlawanan terakhir Liga Super dan Piala FA baru-baru ini.

Malah Sabah FC sudah pun bolos sebanyak 20 gol dalam 14 perlawanan sekali gus meletakkan mereka di tempat ketujuh pasukan yang paling banyak dibolosi setakat ini.

Meskipun mempunyai nama-nama besar seperti Irfan Zakaria, Daniel Ting, Ko Kwang-min, Gabriel Peres dan Rizal Ghazali di barisan pertahanan ia masih belum mampu memuaskan hati para penyokong Sang Badak.

Irfan Zakaria

Irfan pernah membantu KL City layak ke pentas akhir Piala AFC 2022. Instagram/AFC

Di media sosial penyokong mula merindui kelibat bekas bintang import, Jackson de Souza untuk bergandingan dengan Gabriel Peres sebagai tembok terakhir Sabah FC.

"Kalau Jackson de Souza masih di Sabah dengan Gabriel Peres mesti pertahanan Sabah kuat, harap dapat ganti dengan Irfan Zakaria tapi sayang dia sudah pergi," kata Syed Muzaffar Moe.

"Irfan Zakaria memang tidak berapa perform sejak dia join Sabah FC, banyak clearance bola yang tidak tentu arah," jelas Nurdin Aripin.

"Hebat Jackson ini, tapi cedera teruk kesian. Gaya permainan ini sama dengan Yazan Al-Arab pemain Selangor FC," ujar Lan Todak.

Jackson (tengah) sedang dirai oleh rakan sepasukan selepas menjaringkan gol untuk Sabah. Facebook/Sabah FC

Untuk rekod Jackson kini menyertai pasukan Amazonas di divisyen ketiga Liga Brazil selepas dilepaskan oleh Sabah FC musim ini.

Ketika bersama Sabah, Jackson sempat melakukan 17 penampilan dan melakukan dua jaringan gol serta satu assist dalam Liga Super.

Namun malangnya Jackson kerap kali mengalami kecederaan yang menyebabkan aksinya bersama Sabah sedikit terganggu sekali gus merencatkan prestasi terbaiknya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram