Saham Man United naik mendadak, Sheikh Jassim dilapor berjaya beli Red Devils


  • Podium
  • Selasa, 13 Jun 2023

Masa depan mengenai pemilik Manchester United terus menimbulkan tanda tanya di peringkat global. — Agensi

SELEPAS berbulan-bulan dalam proses pembincangan, pemilikan baharu kelab bola sepak gergasi dunia, Manchester United seperti semakin hampir menemui titik noktah.

Berdasarkan media antarabangsa, Qatar al-Watan, hartawan dari Timur Tengah, Sheikh Jassim sudah hampir bergelar pemilik baharu kelab tersebut.

Menurut media berkenaan, pengumuman rasmi akan dibuat tidak lama lagi dengan Keluarga Glazer difahamkan sudah tidak lagi bergelar pemegang saham terbesar kelab.

"Kejayaan pengambilalihan Sheikh Jassim bin Hamad bin Jassim ke atas Manchester United dan perjanjian akan diumumkan tidak lama lagi," tulis laporan Qatar al-Watan.

2FRPDDH Joel Glazer (right) and Avram Glazer (left), owners of Manchester United. Man United v Tottenham HotspurPremier League - Old Trafford. Pic: Mark Pain

Keluarga Glazer terus diberi tekanan atas kegagalan mereka untuk meneruskan legasi Manchester United. Agensi

Perkara itu dikuatkan dengan pengarah editorial mereka, Fahed Al Emadi menyokong dakwaan tersebut di samping mengakui tawaran Sheikh Jassim untuk membeli Manchester United berjaya diterima.

"Semua berita yang diterima menunjukkan kejayaan pengambilalihan Sheikh Jassim bin Hamad bin Jassim dari Manchester United, dan pengumuman perjanjian itu akan dibuat tidak lama lagi," katanya seperti dipetik dari United In Focus.

Walaupun belum ada kenyataan rasmi mengenai status pengambilalihan Man United, dakwaan yang dikaitkan dengan media Qatar mencadangkan mungkin ada hasil positif untuk Sheikh Jassim.

0_JS296517564

Sheikh Jassim difahamkan sudah menjadi pemilik skuad The Red Devils secara sah. Agensi

Berita tersebut juga disokong beberapa pemain media yang berpangkalan di Timur Tengah seperti Zaid al-Hamdan yang mengucapkan tahniah buat Sheikh Jassim selepas menjadi pemilik baharu Manchester United.

Sementara itu, laporan di media tersebut juga menyebabkan harga saham kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu meningkat secara mendadak.

Ia difahamkan berpunca daripada tindakan sebahagian pemilik saham pasukan sebagai respons terhadap laporan Qatar al-Watan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram